CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 11410|Reply: 0

Sultan Pahang, Tengku Ampuan Pahang zahir ucapan Selamat Hari Polis

[Copy link]
Post time 25-3-2025 05:01 PM | Show all posts |Read mode
Sultan Pahang, Tengku Ampuan Pahang zahir ucapan Selamat Hari Polis

BERNAMA - Mac 25, 2025 @ 2:25pm






KUANTAN: Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menzahirkan ucapan Selamat Hari Polis Ke-218 kepada pasukan keselamatan negara.

Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah bertitah di hari penuh bermakna ini, baginda berdua merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada seluruh warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) atas dedikasi, pengorbanan dan komitmen yang tidak ternilai dalam memastikan keamanan dan kesejahteraan negara.

"Semoga PDRM terus maju jaya, kukuh dalam menjalankan tugas dan sentiasa menjadi pelindung kepada rakyat. Terima kasih atas segala usaha dan sumbangan dalam menjaga keamanan negara," menurut catatan di Facebook Kesultanan Pahang.

Sementara itu Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail mengajak seluruh rakyat negeri ini untuk bersama-sama menyambut Hari Polis Ke-218 iaitu satu detik yang bermakna untuk mengenang jasa dan pengorbanan pasukan PDRM dalam menjaga keamanan serta keselamatan negara.

Beliau berkata keberanian, disiplin, serta kecekalan warga PDRM adalah tunjang kestabilan dan kesejahteraan negara dan kerana itu, adalah wajar untuk memberi sokongan dan kerjasama kepada pasukan tersebut dalam menegakkan undang-undang serta membanteras jenayah.

"Dengan penuh rasa penghargaan, saya mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada seluruh warga PDRM yang sentiasa bertugas tanpa mengenal lelah, mempertahankan keadilan dan memastikan ketenteraman rakyat terpelihara.

"Semoga seluruh warga PDRM terus diberikan kekuatan dan kecekalan dalam menjalankan amanah demi keamanan negara yang kita cintai," katanya dalam catatan di Facebook rasminya. – BERNAMA

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2025/03/1376742/sultan-pahang-tengku-ampuan-pahang-zahir-ucapan-selamat-hari-polis





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-2-2026 05:33 PM GMT+8 , Processed in 0.043945 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list