View: 7086|Reply: 3
|
[Dunia]
Indonesia negara paling pemurah, Malaysia tempat ke-20
[Copy link]
|
|
Oleh KOSMO!
21 November 2024
INDONESIA menjadi negara paling pemurah untuk tahun ketujuh berturut-turut. - Foto AFP
JAKARTA – Indonesia mengungguli tempat pertama negara paling pemurah di dunia untuk tahun ketujuh berturut-turut dalam Indeks Pemberian Dunia apabila sembilan daripada 10 rakyatnya mendermakan wang bagi tujuan amal, lapor portal berita VNExpress semalam.
Menurut Indeks Pemberian Dunia (WGI) 2024 oleh Yayasan Bantuan Amal (CAF), enam daripada 10 warga Indonesia turut meluangkan masa mereka untuk membantu orang lain.
Indonesia menduduki tempat pertama dengan mendapat 74 markah dan berjaya mengatasi Myanmar pada 2017, kata CAF.
Indeks itu dikeluarkan berdasarkan kaji selidik yang dilakukan pada 2023, termasuk maklum balas daripada 145,702 responden di 142 buah negara dan wilayah. Setiap responden perlu menjawab tiga soalan mengenai tindakan mereka tentang badan amal.
Soalan itu berkisar sama ada responden mendermakan wang untuk badan amal dan meluangkan masa secara sukarela bagi membantu organisasi berkaitan serta menolong orang tidak dikenali.
Purata maklum balas positif dikira untuk menghasilkan skor indeks bagi setiap negara dengan markah berkisar antara 0 hingga 100 mata.
Kenya menduduki tempat kedua dengan 63 mata, meningkat daripada tempat ketiga tahun lalu.
Singapura pula naik 19 anak tangga untuk menduduki tempat ketiga dengan 61 mata ekoran inisiatif kerajaan yang menggalakkan pemberian amal dan sukarelawan.
Selebihnya daripada tujuh negara dalam kedudukan 10 teratas ialah Gambia, Nigeria, Amerika Syarikat (AS), Ukraine, Australia, Emiriyah Arab Bersatu dan Malta.
Myanmar pula menduduki tempat ke-19 diikuti Malaysia di tangga ke-20 yang mendapat 50 markah untuk mengatasi Norway (21) dan Britain (22). – Agensi
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Tak pernah pi Ndon tapi rasanya bab hospitality, deol lagik baik banding Malaysia.
Pehtu aku harap Malaysia tiru Ndon Jakarta buat no cars hour tiap Ahad. Dari pagi jam berapa ntah sampai 10am, takda keta kat jalanraya. Instead rakyatnya ramai2 guna jalanraya tu jalan kaki, jogging, main beskal, beriadah la pendek kata. Interesting concept. |
|
|
|
|
|
|
|
malunya ummah terpaling fulastin kalah dgn sepet Singapork ranking #3..
|
|
|
|
|
|
|
|
Ye ke? Negara pemurah ke, atau kita nak kena jadi pemurah kalau pegi sana? Sebab penjual2 jalanan mengekor dari hotel smpai tempat2 yg ditujui. |
|
|
|
|
|
|
| |
|