View: 7721|Reply: 5
|
[Tempatan]
Taliban Afghanistan mahu jadikan Malaysia rujukan terbaik bangun dasar pendidikan negara - KPM
[Copy link]
|
|
Oleh Mohammad Khairil Ashraf Mohd Khalid
November 21, 2024 @ 11:41am
[email protected]
Bangunan Kementerian Pendidikan Malaysia di Putrajaya. - Foto fail NSTP
KUALA LUMPUR: Delegasi Kementerian Pendidikan Afghanistan berhasrat menjadikan Malaysia rujukan amalan terbaik membangunkan dasar pendidikan di negara itu, khususnya dalam aspek pembangunan kurikulum, latihan dan pembangunan guru serta teknologi pendidikan.
Perkara itu dimaklumkan Kementerian Pendidikan melalui satu kenyataan media bagi memperjelas isu dibangkitkan Pengerusi DAP, Lim Guan Eng, mengenai lawatan rombongan Kementerian Pendidikan daripada Afghanistan pimpinan Taliban baru-baru ini.
Justeru, melalui kunjungan itu memberikan pendedahan kepada delegasi Afghanistan untuk melihat sendiri dan memahami model pendidikan terbaik di negara Islam moden yang disegani di peringkat antarabangsa.
KPM juga melaksanakan pembentangan yang memberi gambaran menyeluruh sistem pendidikan negara termasuk berkenaan pendidikan untuk kanak-kanak perempuan dan wanita di Malaysia.
"Komitmen KPM selari kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada tahun lalu yang bersedia meningkatkan kerjasama dengan Afghanistan.
"Pada masa sama, hak pendidikan tidak boleh dinafikan. Justeru, Malaysia komited dan mendukung penuh hak pendidikan kepada wanita serta akses pendidikan kepada kanak-kanak perempuan," katanya.
Semalam, Guan Eng meminta penjelasan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek mengenai lawatan rombongan Kementerian Pendidikan Afghanistan pimpinan Taliban baru-baru ini.
Guan Eng mempertikaikan manfaat lawatan itu kepada Malaysia berikutan negara tiada hubungan diplomatik dengan kerajaan Afghanistan pimpinan Taliban.
Dalam pada itu, KPM menegaskan program kunjungan delegasi Kementerian Pendidikan Afghanistan itu dilaksanakan berdasarkan panduan dan nasihat Kementerian Luar.
KPM juga mendapat khidmat sokongan daripada kementerian dan agensi lain berkaitan bagi tujuan tapisan keselamatan serta pemantauan berterusan sehingga program selesai.
Kunjungan ini juga memperlihatkan suatu usaha untuk menyokong hala tuju pendekatan dasar luar Malaysia terhadap Afghanistan yang mana kerajaan Malaysia bersedia memberikan bantuan dari segi pembangunan kapasiti dalam bidang kesihatan dan kemanusiaan yang akan menyumbang kepada kemajuan sosial negara itu.
"Ia memperlihatkan sistem pendidikan negara yang inklusif serta tumpuan kepada peningkatan akses dan ekuiti merentasi status sosial ekonomi, gender, etnik dan geografi," katanya.
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
TRIPLEID... dari komunis ke taliban..la pulok... |
|
|
|
|
|
|
|
Weol comolot ke dengan Taliban? |
|
|
|
|
|
|
|
Haha.. Taliban pon taliban la. |
|
|
|
|
|
|
|
Eloklah tu...harap lepas ni taliban insof dan pompuan kat sana boleh bersekolah dgn pergi universiti mcm negara lain..bukannya 24jam kena kurung dlm rumah jadi hamba jantan! |
|
|
|
|
|
|
| |
|