View: 11447|Reply: 29
|
Anak lelaki sulung Puteri Mahkota Norway ditahan, disyaki terbabit satu lagi kes rogol
[Copy link]
|
|
Oslo: Anak lelaki sulung kepada Puteri Mahkota Norway Mette-Marit disyaki merogol kali kedua, dua hari selepas penahanannya atas satu lagi dakwaan serangan seksual, kata polis pada Rabu.
Dilahirkan daripada hubungan sebelum perkahwinan Mette-Marit dengan pewaris Putera Haakon, Marius Borg Hoiby ditangkap pada petang Isnin lalu kerana disyaki merogol.
Menurut laporan media, seorang peguam bagi pasukan berkata, polis meminta lelaki berusia 27 tahun itu direman dalam tahanan sejak siasatan menemukan dakwaan kedua selepas diarahkan oleh hakim pada Rabu
"Marius berdepan tuduhan serius, yang mana polis dan badan kehakiman akan uruskan. Saya yakin mereka akan melakukan tugas dengan baik," kata Putera Haakon kepada penyiar awam NRK sebelum perintah penahanan.
Peguam Borg Hoiby, Oyvind Bratlien akan mengemukakan rayuan terhadap keputusan penahanan itu, tetapi mengalu-alukan hakikat bahawa hakim tidak membenarkan permintaan polis untuk penahanan selama dua minggu.
Peguam polis Andreas Kruszewski di luar perbicaraan berkata, dakwaan kedua membabitkan hubungan seksual tanpa persetujuan dengan seorang wanita yang tidak mampu menentang perbuatan itu.
Penyiasat menggeledah dan merampas barang dari rumah Borg Hoiby.
Pertuduhan rogol dibuat selepas Borg Hoiby didakwa melakukan kecederaan badan terhadap seorang wanita yang mempunyai hubungan dengannya dalam satu pergaduhan lewat malam pada 4 Ogos di pangsapuri dekat sini, kata polis.
Media Norway melaporkan, polis menemukan sebilah pisau tersangkut di salah satu dinding bilik tidur wanita itu ketika itu.
Borg Hoiby ditangkap sekali lagi pada bulan September kerana melanggar perintah sekatan.
Menurut polis, ketika ditahan pada Isnin lalu, Borg Hoiby berada di dalam sebuah kereta bersama individu yang dikatakan mangsa kejadian Ogos itu.
Borg Hoiby dibesarkan oleh pasangan diraja bersama adik-beradik tirinya Puteri Ingrid Alexandra, 20, dan Putera Sverre Magnus, 18.
Beliau bagaimanapun tidak memegang sebarang jawatan rasmi.
Sumber : – Harian Metro |
|
|
|
|
|
|
|
Kontroversi masa crown prince nk kawen dgn mak mamat ni. Ramai x setuju sbb background diorg & ternyata mendtgkan masalah. Memalukan sajork. |
|
|
|
|
|
|
|
no no. kene put him to * ni |
|
|
|
|
|
|
|
mabok lah tu....pastu ko rodok |
|
|
|
|
|
|
|
bagi aku, sistem monarki perlu di hapuskan di seluruh dunia, baik negara kapir mahupun negara Islam |
|
|
|
|
|
|
|
barbiturat punya perangai
muka pun takde la elok mana |
|
|
|
|
|
|
|
ape teruk tul anak dia ni |
|
|
|
|
|
|
|
mak dgn ayah kandung dia ada kes dadah kan.
|
|
|
|
|
|
|
|
ohoo anak tiri king rupanya..
tak hensem |
|
|
|
|
|
|
|
The epitome of a spoiled brat, rotten egg.
Kaki mabuk, kuat mendadih, kaki pukoi, membewak.
Suma kotak checked |
|
|
|
|
|
|
|
atuk dia kan aritu yg masuk. spital kt lgk kan?
blh ke tangkap prince? ada sesetengah negara kan xblh..xingt nama negara tu.
|
|
|
|
|
|
|
|
bodohnya... kaya, ada status lagi sepatutnya boleh jer buat hubungan baik2 dgn perempuan2 cantik silih berganti |
|
|
|
|
|
|
|
emera: Kontroversi masa crown prince ...
Ohh maknya pun ada background kontroversi ke... |
|
|
|
|
|
|
|
Kau lupa atau pura lupa lupa ya ?
Nama negaea itu adalah Malaysia ...
Mengapa X boleh dihukum ? Karena monarchy melayu malaysia adalah juga berstatus orang suchi dan mulia karena mereka juga diketahui adalah WAIL TUHAN di muka bumi ini ... Jadi hanya TUHANlah yang berhak menghukum mereka jikapun salah.... Hehehehe
|
|
|
|
|
|
|
|
Muka camtu kalau nak menoron memang hanya dengan cara merogol je la
Pelacur pon tak hingin |
|
|
|
|
|
|
|
ni anak tiri je kan rasenye? die takde title pun |
|
|
|
|
|
|
|
harap mangsa mendapat pengadilanbyg sepatutnya |
|
|
|
|
|
|
|
pihak berkuaasa mesti adil |
|
|
|
|
|
|
| |
|