CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 17391|Reply: 14

[Tempatan] Video fitnah Anwar Ibrahim berkait Israel dirujuk ke Bukit Aman

[Copy link]
Post time 20-11-2024 02:06 PM | Show all posts |Read mode
Video fitnah Anwar berkait Israel dirujuk ke Bukit Aman

https://www.freemalaysiatoday.co ... ujuk-ke-bukit-aman/

Bernama
19 Nov 2024, 09:49 PM


Sekretariat Gerak Gempur Media Sosial Rakyat membuat laporan mendakwa akaun ‘Papa Berry Studio’ di YouTube menghasut orang Islam berkait temu ramah perdana menteri dengan CNN.

Ketua Polis Dang Wangi Sulizmie Affendy Sulaiman berkata kes itu akan dirujuk kepada Unit Siasatan Jenayah Terkelas Bukit Aman.

KUALA LUMPUR: Gabungan 20 NGO, Sekretariat Gerak Gempur Media Sosial Rakyat (SGGMSR) membuat laporan polis berhubung satu video tular didakwa memfitnah Anwar Ibrahim berkaitan temu ramah perdana menteri dengan CNN.

Jurucakap gabungan itu, Shahbudin Embun, berkata video dimuat naik seorang individu menggunakan akaun “Papa Berry Studio” di platform YouTube itu bertujuan menghasut orang ramai untuk menimbulkan kemarahan rakyat, terutamanya orang Islam di Malaysia.

“Ini adalah fitnah, perbuatan jahat, dan satu penghinaan terhadap beliau (Anwar) kerana kita tahu dari zaman mudanya lagi, beliau telah memperjuangkan hak rakyat Palestin dan kami, NGO tidak akan berkompromi dengan perkara ini.

“Saya berharap pihak polis dapat menyiasat kes ini di bawah Akta Hasutan dan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 atau Sosma,” katanya ketika ditemui di IPD Dang Wangi, bersama wakil 20 NGO berkenaan.

Antara ahli gabungan NGO itu yang turut hadir membuat laporan ialah Waris Pekembar Malaysia, Pertubuhan Media Digital Malaysia (Memo), dan Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia (MJMM).

Shahbudin berkata, perbuatan individu itu memuat naik video memfitnah perdana menteri susulan termu ramah Anwar bersama Richard Quest daripada CNN ialah perbuatan tidak bertanggungjawab.

Sementara itu, Ketua Polis Dang Wangi Sulizmie Affendy Sulaiman, mengesahkan menerima laporan berkenaan dan kes terbabit akan dirujuk kepada Unit Siasatan Jenayah Terkelas Bukit Aman.

Baru-baru ini, satu video memaparkan seorang individu mendakwa kononnya Anwar mengiktiraf kewujudan negara Israel.

Bagaimanapun, Anwar ketika menjelaskan mengenai isu itu berkata beliau tidak mengiktiraf negara Israel, dan Malaysia tidak mempunyai hubungan diplomatik dengan negara berkenaan.



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-11-2024 06:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Nak tengok video pehtu baru boleh kutuk.
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2024 06:18 PM From the mobile phone | Show all posts
1983..tatkala Yaser Arafat,pmx tgh berjuang demi ummah Fulastin..masa ni Hadi Mereng tu tgh gigih memecah belahkan umat dgn 'Amanat Hj.Hadi..'






This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2024 06:22 PM From the mobile phone | Show all posts
tripleid replied at 20-11-2024 06:18 PM
1983..tatkala Yaser Arafat,pmx tgh berjuang demi ummah Fulastin..masa ni Hadi Mereng tu tgh gigih me ...

mende pon tulis..'DALAM LIPATAN SEJARAH'......itu pung  TRIPLEID dok ULANG,ULANG,ULANG,ULAM...lagi dan lagi........walanon2.....
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2024 06:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by tripleid at 20-11-2024 06:30 PM
Skuau replied at 20-11-2024 06:22 PM
mende pon tulis..'DALAM LIPATAN SEJARAH'......itu pung  TRIPLEID dok ULANG,ULANG,ULANG,ULAM...lagi ...


mpak sgt kau x baca pon berita tu kan..masuk2 je terus menyondol buat komen bangang cam babi hutan..


Ini adalah fitnah, perbuatan jahat, dan satu penghinaan terhadap beliau (Anwar) kerana kita tahu dari ZAMAN MUDANYA lagi, beliau telah memperjuangkan hak rakyat Palestin
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2024 06:37 PM From the mobile phone | Show all posts
tripleid replied at 20-11-2024 06:26 PM
mpak sgt kau x baca pon berita tu kan..masuk2 je terus menyondol buat komen bangang cam babi hutan ...

zaman mudanya....apa yg salah..'dalam lipatan sejarah'??? Tu..la sapa suh berlajar kt sjkc....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-11-2024 06:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by tripleid at 21-11-2024 03:44 PM
Skuau replied at 20-11-2024 06:37 PM
zaman mudanya....apa yg salah..'dalam lipatan sejarah'??? Tu..la sapa suh berlajar kt sjkc....

tulis komen pon ayat tunggang langgang serupa bangla buta hurup ada hati nak ckp org skolah sjkc.lols..
hoii bangang!budak sjkc kelas belakang pon lagi cerdik la drp pencacai tak sekolah cam ko
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2024 06:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Uk alahai..  Ini je ke katenye??  Aku ingatkan ade la dia tudoh meliwat bontot zantan yesroel mana2 ke..


https://youtu.be/uc7UFnI8y-c?si=tfTaBaDc_oNgb8e-
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-11-2024 07:37 PM From the mobile phone | Show all posts
tripleid replied at 20-11-2024 06:41 PM
Budak sjkc kelas belakang pon lagi cerdik drpd mat rempit bodoh tak sekolah cam hang...

otai reformasi tgh panas...
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2024 07:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Betulah anuar cakap tu Israel berhak mempertahankan diri mereka. Takan nak suruh Israel serah diri mati ditembak! Guna lah logik akal sikit
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2024 10:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Wawancara CNN isu Israel-Palestin, PMX tak silap - Hassan Karim
SinarHarian
NOR AZURA MD AMINNOR AZURA MD AMIN
19 November 2024 04



JOHOR BAHRU - Pendirian Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai konflik Israel-Palestin agar diselesaikan secara dua negara dalam wawancara bersama Richard Quest daripada CNN bukan bererti menyokong Israel.

Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim berkata, terdapat pihak yang melakukan suntingan terhadap video wawancara itu bertujuan mewujudkan persepsi yang salah terhadap pendirian Malaysia.

“Kenyataan Anwar berkenaan negara Israel ketika diwawancara wartawan CNN Richard Quest perlu dilihat dalam konteks pendirian Malaysia terhadap isu Palestin dan Israel secara keseluruhannya.

“Pendirian Malaysia sehingga kini masih berpegang kepada penyelesaian dua negara atau dalam bahasa Inggeris disebut 'two states solution'.

“Pendirian 'two states solution' ini bermakna wujud dua negara Israel dan Palestin yang merdeka.

“Pendirian penyelesaian two states solution ini dipersetujui oleh Presiden Palestin, Yasser Arafat dan Perdana Menteri Israel, Yizak Rabin dalam Perjanjian Oslo,” katanya dalam kenyataan.

Menurut Hassan, Perjanjian Oslo itu dipersetujui Palestin pimpinan Presidennya, Yasser Arafat yang mengetuai Al-Fattah sebelum ini dan diteruskan hingga kini di bawah pimpinan Presidennya, Mahmood Abbas.

Katanya, perjuangan tersebut turut disokong majoriti negara Arab, negara-negara Islam dalam negara anggota Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) termasuk Malaysia.

Namun ujarnya, kumpulan pejuang Hamas yang menguasai Gaza menolak penyelesaian 'two states solution' tersebut.

“Pendirian Malaysia yang disuarakan Anwar di peringkat antarabangsa dan dalam negeri termasuk di Parlimen Malaysia tetap konsisten.

“Pertama, Malaysia tidak pernah mengiktiraf Israel. Kedua, Malaysia tegas mempertahankan hak rakyat Palestin.

“Ketiga, Malaysia berusaha secara aktif memperjuangkan kemerdekaan negara Palestin dan keempat, Malaysia secara aktif memperjuangkan resolusi supaya Israel disingkirkan daripada keanggotaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu,” ujarnya.

Beliau berkata, bagi memperbetulkan persepsi salah yang timbul berkenaan pendirian Malaysia itu, menjadi tanggungjawab Kementerian Penerangan mengemukakan keseluruhan wawancara tersebut tanpa sebarang suntingan.

“Tetapi adalah lebih bijaksana jika Anwar menjawab bahawa yang ada hak untuk wujud ialah sebuah negara Palestin merdeka.

“Hak untuk mempertahankan diri ialah hak rakyat dan pejuang Palestin bukannya Zionis Israel yang menjajah dan menduduki bumi Palestin secara haram,” katanya.

Pada 15 November lalu, Jurucakap Kerajaan Perpaduan Fahmi Fadzil mendakwa, wawancara itu disunting oleh pihak tidak bertanggungjawab bagi memberi gambaran seolah-olah kerajaan mengiktiraf kewujudan Israel yang berniat mengelirukan.

Fahmi yang juga Menteri Komunikasi berkata, video tular tersebut tidak menggambarkan konteks pendirian yang disampaikan Perdana Menteri iaitu Malaysia akan terus melindungi kewujudan Palestin dan tidak akan pernah sesekali mengiktiraf negara haram Israel.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2024 12:07 AM | Show all posts
tripleid replied at 20-11-2024 06:26 PM
mpak sgt kau x baca pon berita tu kan..masuk2 je terus menyondol buat komen bangang cam babi hutan ...

Ni sekor mesti masuk radar... dah menggelupoh


Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2024 04:13 AM From the mobile phone | Show all posts
tripleid replied at 20-11-2024 06:18 PM
1983..tatkala Yaser Arafat,pmx tgh berjuang demi ummah Fulastin..masa ni Hadi Mereng tu tgh gigih me ...

Manusia berubah, atau warnanya yg sebenar  keluar sesuai peredaran masa.

1983, ya, mungkin Nuar kelihatan pro Palaestin.
2024, pendiriannya boleh saja bertukar lain.

Sama seperti tahun 1983, semua orang sangka Nuar pemuda lelaki soleh  yg straight yg wara' lagi anti kemungkaran dan maksiat.

Tapi 2024, semua orang tahu Nuar sebenarnya luar tabie dan terlibat dalam kes meliwat jubur lelaki lain.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2024 04:37 AM | Show all posts
Perwira2022 replied at 20-11-2024 09:13 AM
Manusia berubah, atau warnanya yg sebenar  keluar sesuai peredaran masa.

1983, ya, mungkin Nuar k ...

Sembang apa Un..

ada jg walaun tak basuh jubo cam sexfool jubo baukari sesat kat sni rupanye..wakakaka..






Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2024 03:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Perwira2022 replied at 21-11-2024 04:13 AM
Manusia berubah, atau warnanya yg sebenar  keluar sesuai peredaran masa.

1983, ya, mungkin Nuar k ...

Semoga pemfitnah dan penyebar fitnah jadi kayu api neraka di akhirat kelak..Aminn


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-11-2024 07:44 PM GMT+8 , Processed in 0.693514 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list