CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9236|Reply: 0

[Sabah] Bekalan elektrik di 17 premis judi di Penampang dipotong

[Copy link]
Post time 20-11-2024 11:41 AM | Show all posts |Read mode
Edited by Vellfire at 20-11-2024 04:28 AM



POTONG: Kakitangan Sabah Electricity memotong bekalan elektrik di salah sebuah premis judi.

PENAMPANG: Polis dan Sabah Electricity memotong bekalan elektrik di 17 premis yang menjalankan kegiatan perjudian di daerah ini Selasa lalu.

Operasi pemotongan bekalan elektrik itu dijalankan sepasukan polis Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Penampang dengan dibantu empat petugas Sabah Electricity.

Ketua Polis Daerah Penampang, Superintendan Sammy Newton berkata, kesemua premis berkenaan sudah diambil tindakan dalam serbuan yang dijalankan sebelum ini.

"Semua serbuan dilakukan mengikut Seksyen 4(1)(c) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 dan telah dihadapkan ke mahkamah," katanya dalam kenyataan media di sini.

Menurutnya, tindakan ini adalah salah satu tindakan serius dan komitmen IPD Penampang dalam membanteras sebarang aktiviti perjudian haram di daerah ini selaras di bawah peruntukan Seksyen 21A(1) Akta Rumah Judi Terbuka 1953.

Katanya, pihaknya akan mengambil tindakan tegas terhadap individu-individu yang didapati melanggar undang-undang.

"Kita akan sentiasa melakukan operasi dan turut berharap orang ramai berkongsi maklumat sekiranya mengetahui kewujudan aktiviti perjudian di kawasan masing-masing.

"Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkenaan kegiatan jenayah boleh menyalurkan maklumat berkenaan dengan menghubungi Bilik Gerakan IPD Penampang di talian 088-712222," katanya.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 12:09 AM GMT+8 , Processed in 0.649024 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list