CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 15971|Reply: 29

[Dunia] Risalah hadapi perang di Sweden, Finland

[Copy link]
Post time 20-11-2024 07:07 AM | Show all posts |Read mode
Edited by maklukpenggoda at 20-11-2024 01:15 PM

STOCKHOLM: Mulai semalam, Sweden mula menghantar jutaan risalah menasihatkan penduduk supaya bersiap sedia menghadapi kemungkinan perang.

Sementara Finland pula melancarkan laman sesawang baharu, ketika Ukraine menentang pencerobohan Russia yang sudah berlanjutan selama tiga tahun.

Negara-negara Nordic yang sebelum ini memilih untuk tidak menyertai mana-mana pakatan tentera selama beberapa dekad, kini memutuskan untuk menyertai Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) susulan pencerobohan Russia pada 2022 ke atas Ukraine.

"Situasi keselamatan adalah serius dan kita semua perlu mengukuhkan daya tahan menghadapi pelbagai krisis dan akhirnya peperangan," kata Pengarah Agensi Kontingensi Awam Sweden (MSB), Mikael Frisell yang menghantar risalah itu.

Sejak permulaan perang di Ukraine, Stockholm berulang kali menggesa rakyat Sweden supaya bersedia dari segi mental dan logistik menghadapi kemungkinan konflik bersenjata.

Bagaimanapun selepas berakhirnya Perang Dingin, negara itu secara drastik mengurangkan perbelanjaan pertahanannya berikutan lebih menumpukan usaha ketenteraannya pada misi pengaman antarabangsa.

Tetapi ia berbalik tujuan berikutan pengilhakan Crimea oleh Russia pada 2014.

Sejak itu, Stockholm memperkenalkan semula kerahan tenaga terhad, meningkatkan perbelanjaan pertahanan secara besar-besaran dan membuka semula garrison di pulau Gotland di Laut Baltik.

Ia kemudiannya mengukuhkan tempat perlindungan bom, menyimpan bekalan air minuman dan infrastruktur pengangkutan, melantik Menteri Pertahanan Awam serta menubuhkan Agensi Pertahanan Psikologi yang bertujuan memerangi maklumat tidak sahih.

Buku setebal 32 muka surat 'Jika Krisis atau Perang Tercetus' mula diedarkan sejak semalam, mengandungi maklumat mengenai cara bersiap sedia menghadapi peperangan, bencana alam dan serangan siber atau keganasan.

Risalah itu dihantar kepada 5.2 juta isi rumah dalam tempoh dua minggu akan datang, ia adalah versi terkini risalah yang dikeluarkan oleh Sweden lima kali sejak Perang Dunia II.

Versi baharu tidak menyebut nama Russia, Ukraine atau negara lain.

Menteri Pertahanan Awam, Carl-Oskar Bohlin pada Januari lalu memberi amaran mengenai 'kemungkinan perang di Sweden'.

Sementara itu, Ketua Tentera Sweden ketika itu, Micael Byden juga menggusarkan orang ramai apabila beberapa hari kemudian berkata 'Sweden perlu bersedia secara mental untuk berperang'.

Lebih dua dekad lalu, Sweden tidak pernah terbabit dalam mana-mana peperangan.

Risalah baharu itu berkata, tahap ancaman ketenteraan semakin meningkat.

"Justeru, kita mesti bersedia untuk senario terburuk termasuk serangan bersenjata ke atas Sweden," menurut kandungan risalah itu.

BH

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 20-11-2024 09:29 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2024 09:38 AM | Show all posts
x silap aku swiden ke dari dulu natural je,ww1,ww2 xterlibat secara langsung sbb negara tu ada tembok semulajadi
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2024 11:29 AM | Show all posts
banyak negara2 dan kerajaan milik setan/iblis,
will enforce conscription, kerahan tenaga.

in ww3,
mereka akan paksa org awam untuk berperang.
even negara2 macam scandinavia,
dan pulau2 jauh yg takde kena mengena,
pun akan join sekali.
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2024 12:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Manusia saling membuat kerosakkan di bumi
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2024 09:31 PM From the mobile phone | Show all posts
biar betul..prague slmt tak weh
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-11-2024 10:59 PM | Show all posts
copy_paste replied at 20-11-2024 09:38 AM
x silap aku swiden ke dari dulu natural je,ww1,ww2 xterlibat secara langsung sbb negara tu ada tembo ...

Memang dia neutral sejak 1812 apabila dia kehilangan banyak wilayah kepada Rusia dalam Perang Napoleonic. Tapi baru ni bila Rusia serang Ukraine, dia memohon masuk NATO menandakan berakhirnya neutrality lebih 200 tahun.
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2024 11:02 PM | Show all posts
capiloton replied at 20-11-2024 11:29 AM
banyak negara2 dan kerajaan milik setan/iblis,
will enforce conscription, kerahan tenaga.

Negara2 Scandinavia/Nordic yang dekat2 dengan Rusia ni terutama Sweden dan Finland dah berkurun lamanya jadi mangsa kepada Rusia at different points of history.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-11-2024 11:03 PM From the mobile phone | Show all posts
cmf_almondpecan replied at 20-11-2024 10:59 PM
Memang dia neutral sejak 1812 apabila dia kehilangan banyak wilayah kepada Rusia dalam Perang Napo ...

Sweden kehilangan wilayah mana? Belah Estonia ke?
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2024 11:09 PM | Show all posts
edayildiz replied at 20-11-2024 09:31 PM
biar betul..prague slmt tak weh

Masa Perang Dunia Kedua dulu, Prague memang terkesan. Dia kena bom banyak kali oleh tentera bersekutu semasa diduduki oleh Nazi Germany. Tapi bombing tu walaupun ramai mati dan bangunan musnah, tidaklah seteruk Warsaw dan Dresden misalnya di mana semua bangunan lama habis musnah semusnahnya. Lepas Prague Offensive tahun 1945, Prague jatuh bawah pengaruh Soviet dan masuk belakang iron curtain sebagai Soviet satellite state sehinggalah 1989.
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2024 11:20 PM From the mobile phone | Show all posts
cmf_almondpecan replied at 20-11-2024 11:09 PM
Masa Perang Dunia Kedua dulu, Prague memang terkesan. Dia kena bom banyak kali oleh tentera bersek ...

Nazi memang jahat gila, sampai nak hapuskan Etnik Belarus.

Dia nak sisakan 10% Belarusian di Belarus sebagai hamba abdi

Kampung2 dimusnahkan sebab nak tempatkan settlement baru orang German di Belarus.

Sedih tengok babak dalam filem Come and See

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2024 11:21 PM | Show all posts
B40tastePosh replied at 20-11-2024 11:03 PM
Sweden kehilangan wilayah mana? Belah Estonia ke?

Kalau cerita pasal kehilangan wilayah Sweden kepada Rusia yang menyebabkan Sweden jadi neutral country, tanah yang dia hilang tu Finland. Kehilangan Estonia kepada Rusia adalah awal lagi sebelum tu, 100 tahun sebelum tu. Kesan2 peninggalan Sweden masih jelas di Finland sebab ada ramai rakyat Finland berbangsa Sweden. Masih ada dari mereka yang hidup dalam kelompok sendiri dan berbahasa Swedish tapi orang2 tua saja. Orang muda dah pandai bahasa Finnish. Estonia pula tidak begitu ketara peninggalan Sweden tapi ada juga seperti Tartu University di Estonia yang juga ditubuhkan oleh kerajaan empayar Sweden zaman dulu menjadikannya antara universiti tertua di northern Europe.
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2024 11:25 PM From the mobile phone | Show all posts
cmf_almondpecan replied at 20-11-2024 11:02 PM
Negara2 Scandinavia/Nordic yang dekat2 dengan Rusia ni terutama Sweden dan Finland dah berkurun la ...

UK pun… kapal selam Rusia ada je kat perairan Scotland pantau …
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2024 11:25 PM | Show all posts
B40tastePosh replied at 20-11-2024 11:20 PM
Nazi memang jahat gila, sampai nak hapuskan Etnik Belarus.

Dia nak sisakan 10% Belarusian di Bela ...

Ya semua ni dilakukan di bawah dasar Lebensraum (living space) oleh Nazi Germany. Dasar ni membenarkan kerajaan Jerman menakluk tanah orang lain untuk diberi kepada bangsa Jerman untuk dijadikan penempatan baru. Pada masa tu, Nazi menggelarkan dirinya the Thousand Year Reich (Tausendjähriges Reich) dan amat yakin dia akan bertahan untuk sekurang2nya 1000 tahun lagi so bolehlah tarah tanah orang sesuka hati sebab dia akan jadi boss kat tempat tu selamanya.
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2024 11:29 PM From the mobile phone | Show all posts
cmf_almondpecan replied at 20-11-2024 11:21 PM
Kalau cerita pasal kehilangan wilayah Sweden kepada Rusia yang menyebabkan Sweden jadi neutral cou ...

Kira besar betul la wilayah Sweden masa tu sampai cros Laut Baltic kan...tak sangka...patutla banyak negara kecil2 seberang Laut Baltic.

Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2024 12:12 AM | Show all posts
B40tastePosh replied at 20-11-2024 11:29 PM
Kira besar betul la wilayah Sweden masa tu sampai cros Laut Baltic kan...tak sangka...patutla bany ...

Sweden banyak dapat tanah dari penaklukan dan rampasan perang hasil menang pelbagai perang zaman dulu2. Dia dikira sebuah European great power masa tu. Antara tanah jajahan Empayar Sweden dulu pada kemuncak kegemilangan termasuk wilayah Rusia sekarang seperti Ingria dan Karelia, tanah di Germany, Finland, Pomerania di Poland, semua Baltic states Estonia, Latvia, Lithuania. Tanah selatan sweden hari ni di Scania (Skåne) dulu di bawah kuasa Denmark tapi turut ditawan Sweden.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-11-2024 03:19 AM | Show all posts
edayildiz replied at 20-11-2024 09:31 PM
biar betul..prague slmt tak weh


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2024 08:58 AM From the mobile phone | Show all posts
manopBKK replied at 21-11-2024 03:19 AM

Debu dari Eropah akan menyeliputi kita semua ke???
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2024 09:07 AM From the mobile phone | Show all posts
B40tastePosh replied at 21-11-2024 08:58 AM
Debu dari Eropah akan menyeliputi kita semua ke???

Kalau percaya puak teori flat earth tak kena ler. Ye lah bumi ni x berputar..
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2024 09:08 AM From the mobile phone | Show all posts
jahanam laa sapa2 yg suke berperang ni.

cerita kat palestin berdekad-dekad pun tak larat nak dgr dah, lagi plak hidrogen bomb merentas benua bakalan menyerang

sian laa bakalan cucu iols nak ke europe nati, entah wujud lg ke tidak
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-11-2024 08:19 PM GMT+8 , Processed in 0.127618 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list