CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 21918|Reply: 0

[Sarawak] Penggunaan gajet berlebihan menyebabkan hubungan manusia semakin renggang

[Copy link]
Post time 19-11-2024 12:14 PM | Show all posts |Read mode


Law (duduk, tiga kanan), Lau (duduk, dua kanan) bersama peserta Hari Kanak-Kanak Sedunia 2024 di Dewan MPI di Sibu hari ini.

SIBU: Penggunaan gajet khususnya ipad atau telefon pintar secara berlebihan dalam era teknologi semakin maju ini menyebabkan hubungan manusia semakin renggang.

Pengerusi Majlis Tindakan Pengguna Negara (MTPN) Cawangan Sibu Lucas Lau berkata MTPN sebagai sebuah organisasi yang menjaga hak pengguna termasuk kanak-kanak, memainkan peranan meningkatkan kesedaran masyarakat tentang hak kanak-kanak dan tanggungjawab ibu bapa.

"Kami juga ingin memastikan kanak-kanak mendapat layanan adil dan saksama dalam semua aspek kehidupan," katanya pada Hari Kanak-Kanak Sedunia 2024 di Dewan Methodist Pilley Institute (MPI) di sini hari ini.

Melalui program ini katanya, mereka berharap dapat membantu semua kanak-kanak tumbuh dan berkembang dengan sihat, cerdas dan bahagia.

Lau berkata, ibu bapa adalah digalakkan meluangkan lebih banyak masa bersama anak-anak dan membina hubungan kuat.

"Ini sangat penting bagi ibu bapa memberi kasih sayang dan perhatian secukupnya supaya mereka menerima sokongan diperlukan menghadapi cabaran pada masa depan," jelasnya.

Majlis tersebut dirasmikan Kaunselor Michelle Law  mewakili Timbalan Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Michael Tiang.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 12:33 AM GMT+8 , Processed in 0.243378 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list