CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7763|Reply: 0

[Sarawak] Warga emas maut, van sekolah dipandu berlanggar van pekerja di Batu 15 Jalan Pan-Borneo Bintulu-Miri

[Copy link]
Post time 19-11-2024 09:19 AM | Show all posts |Read mode




Keadaan salah sebuat van terlibat yang terbalik dalam kemalangan yang berlaku di Batu 15 Jalan Pan-Borneo Bintulu-Miri petang semalam.

BINTULU: Seorang lelaki warga emas menemui maut setelah van sekolah yang dipandunya terbabit dalam kemalangan dengan sebuah van pekerja di Jalan Pan-Borneo Bintulu-Miri petang semalam.

Pusat Gerakan Operasi Sarawak dalam laporan awal yang diterima mengesahkan mangsa yang hanya dikenali sebagai Langie berumur 66 tahun disahkan msutdi lokask kejadian oleh pasukan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang turut berada di lokasi.

"Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) BIN bergegas ke lokasi setelah menerima panggilan kecemasan berhubung kemalangan sekitar jam 7.06 petang," ujarnya.

Sampai di lokasi pasukan bomba mendapati hanya empat mangsa sahaja yang masih berada di situ manakala 21 lagi mangsa yang turut mengalami kecederaan sudah dihantar  oleh orang awam ke hospital sebelum pasukan menyelamat tiba.

Pasukan KKM kemudiannya bertindak memberikan rawatan awal buat tiga lagi mangsa yang masih berada di lokasi sebelum dibawa ke Hospital Bintulu bagi diberikan rawatan lanjut.

Dalam masa sama, pasukan bomba menggunakan peralatan menyelamat bagi mengeluarkan mayat mangsa yang masih tersepit dalam kenderaan.

Sejurus berjaya dikeluarkan, mayat mangsa kemudiannya diserahkan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk tindakan lanjut.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 12:59 AM GMT+8 , Processed in 1.506213 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list