CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 15606|Reply: 50

[Tempatan] 'Saya terpaksa letak anak dalam sangkar kerana perlu bekerja'

[Copy link]
Post time 12-11-2024 09:14 AM | Show all posts |Read mode
Oleh Suraya Roslan - November 12, 2024 @ 7:32am
[email protected]



TIGA individu termasuk ibu kepada mangsa dibawa ke mahkamah untuk didakwa atas pertuduhan mendera seorang kanak-kanak di Mahkamah Sesyen Jenayah 5 dan 12, Jalan Duta. - Foto NSTP/Aswadi Alias


KUALA LUMPUR: "Saya terpaksa letak anak dalam sangkar kerana perlu bekerja."

Demikian rayuan seorang ibu yang dijatuhi hukuman penjara 14 hari dan denda RM10,000 oleh Mahkamah Sesyen semalam selepas mengaku bersalah melakukan penganiayaan terhadap anak lelaki kandungnya, Februari lalu.

Wanita berusia 20 tahun turut diperintahkan menjalani khidmat masyarakat selama 240 jam dalam tempoh enam bulan sebaik selesai menjalani hukuman bermula hari ini.

Selain itu, Hakim Norina Zainal Abidin mengarahkan ibu muda itu dikenakan bon jaminan berkelakuan baik untuk tempoh lima tahun dengan RM10,000 tanpa cagaran.

Malah, mahkamah sama juga turut mengarahkan dua lagi rakan ibu mangsa iaitu Adibah Mohd Zaini, 35, dan Nor Azlin Fatin Najihah Lokman, 25, dijatuhi hukuman sama selepas mereka mengaku bersalah atas pertuduhan itu.

Mengikut pertuduhan, ketiga-tiga mereka bersama-sama melakukan penganiayaan kepada seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun enam bulan di mana perbuatan itu mendatangkan kecederaan terhadap mangsa.

Perbuatan itu dilakukan di sebuah rumah di Taman Danau Desa, di sini pada jam 1.40 tengah hari hingga 1.45 tengah hari, 23 Februari lalu.

Oleh itu, mereka didakwa mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang jika sabit kesalahan boleh didenda maksimum RM50,000 atau pemenjaraan selama tempoh tidak melebihi 20 tahun atau kedua-duanya.

Terdahulu, sebelum Norina menjatuhkan hukuman, ketiga-ketiga tertuduh merayu supaya hanya hukuman denda kerana masing-masing sudah insaf dan mengakui kesalahan dilakukan.

Ibu mangsa dalam rayuannya meminta hukuman ringan atas alasan sudah menyesal dengan perbuatannya kerana terpaksa meletakkan anaknya dalam sangkar untuk bekerja.

Hakim: Kamu letak (sangkar) di mana?

Ibu mangsa: Di belakang dapur rumah Adibah.

Hakim: Kenapa (letak dalam sangkar)?

Ibu: Tiada siapa nak jaga, saya perlu pergi kerja.

Hakim: Kamu kerja dari jam berapa ke berapa?

Ibu: 3 petang sampai 10 malam.

Hakim: Apa hubungan kamu dengan mangsa?

Ibu: Anak kandung saya.

Hakim: Kenapa letak anak kamu dalam sangkar, tapi tidak bagi mak kamu jaga di Pulau Pinang? Kamu tiada jawapan?

Ibu: Tiada.

Hakim: Apa rancangan kamu terhadap anak selepas ini?

Ibu: Saya akan tinggal di Pulau Pinang selepas ini, ibu akan jaga jika saya bekerja.

Adibah dalam rayuannya turut memohon hanya hukuman denda dikenakan kerana mempunyai dua anak yang masih kecil.

"Saya mohon kurangkan hukuman hanya denda, tiada siapa yang menjaga mereka di rumah, suami saya bekerja.

"Saya tidak mahu masuk penjara dan menyesal dengan perbuatan ini, ini kali pertama dan terakhir saya melakukan kesalahan ini," katanya.

Nor Azlin Fatin juga dalam rayuannya memohon hukuman ringan kerana perlu menanggung adik beradik 10 orang dan ada antara mereka masih kecil.

"Saya mengaku bersalah kerana bersubahat," katanya yang mengesahkan tinggal di rumah sama dengan Adibah.

Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya, Joshua Tee Yee Khuan mencadangkan hukuman pemenjaraan dikenakan ke atas ketiga-tiga mereka kerana perbuatan tidak berperikemanusiaan dan menganiaya kanak-kanak berusia tidak sampai tiga tahun.

Berdasarkan fakta kes, hasil siasatan pegawai penyiasat, ketiga-tiga tertuduh bersama-sama menyebabkan penganiayaan terhadap mangsa dengan menendang dan menyebabkannya mengalami kecederaan fizikal.

Adibah menendang kanak-kanak itu beberapa kali sambil dirakam Nor Azlin Fatin manakala ibu mangsa turut berada di tempat kejadian dan membenarkan kejadian itu.

Rakaman video menunjukkan Adibah menendang mangsa beberapa kali di hadapan dua tertuduh lain di rumah berkenaan, hasil pemeriksaan awal perubatan menunjukkan terdapat kesan kecederaan pada bahagian kening, perut, belakang badan, tangan dan kaki.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-11-2024 09:25 AM | Show all posts
jangan membiak klo rs xmampu nk jaga amanah allah ni.
condom pn br brapa ringgit ja compare to cost nk mbesaqkan anak.

invest in condom gais (lantak ampa la nk sedap halal ka haram & not againts childless in marriage)
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2024 09:27 AM From the mobile phone | Show all posts
Wow semua career oriented
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2024 09:30 AM From the mobile phone | Show all posts
aryyan replied at 12-11-2024 09:25 AM
jangan membiak klo rs xmampu nk jaga amanah allah ni.
condom pn br brapa ringgit ja compare to cost  ...

mak kpd tertuduh lagi teruks

sedap2 bersetubuh keluar 10 anak lain, yg tertuduh kena kerja hantar duit kat mak nak sara anak2 mak hasil persetubuhan mak tersebut


so mana watak lelaki2 dalam cerita ni. i mean bapa kpd anak yg dikurung & adik2 kpd tertuduh


welll mahkamah tak ambik kira lelaki2 tak responsible ke

Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2024 09:37 AM | Show all posts
kepompong replied at 12-11-2024 09:30 AM
mak kpd tertuduh lagi teruks

sedap2 bersetubuh keluar 10 anak lain, yg tertuduh kena kerja hantar ...

cm biasa, laki ni kdudukan dia another level dlm society kita.
sperm donor tp not involve in rising the kids.

ntah2 10 anak tu bapak lain2. dh apa pasai kakak kena bela adek.
dlm 10 tu xda adik laki yg bleh jd provider ka.

was2 aku prangai aneh ni. mmg ori org meleis ka, parents ic merah ka ka pendatang mana2 ni?
ka dh ada alot of mix ??
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2024 09:48 AM | Show all posts
kalau dah dirakam tu apa tujuan nya?
seronok?
nasib umur budak tu masih panjang.
baru 3 tahun.. byk kecederaan lama.

eloklah dipenjara walau sekejap
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-11-2024 09:53 AM | Show all posts
Oleh itu, mereka didakwa mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang jika sabit kesalahan boleh didenda maksimum RM50,000 atau pemenjaraan selama tempoh tidak melebihi 20 tahun atau kedua-duanya.
- Semoga kena penjara 20 tahun (of course denda 50K sekali) supaya tidak membiak dalam tempoh ini.

Terdahulu, sebelum Norina menjatuhkan hukuman, ketiga-ketiga tertuduh merayu supaya hanya hukuman denda kerana masing-masing sudah insaf dan mengakui kesalahan dilakukan.
- Semoga JKM ambil/selamatkan anak tersebut. Insaf konon.
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2024 10:00 AM | Show all posts
aku xpaham jenis spisis ni tau beranak pinak je perancangan x reti
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-11-2024 10:02 AM | Show all posts
kepompong replied at 12-11-2024 09:30 AM
mak kpd tertuduh lagi teruks

sedap2 bersetubuh keluar 10 anak lain, yg tertuduh kena kerja hantar ...

yg 10 anak lain tu bukan mak budak tu,tp kawan dia kena sara adik beradik dia 10 org,tu alasan dia nk hukuman diringankan
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2024 10:09 AM | Show all posts
ni semua pempuan ni org jantan dia mana?
mcm biasa lah masyarakat yg letak lelaki mcm raja ni
salah mcm mana pun lelaki
yg back up pun pempuan2 jgk
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2024 10:12 AM | Show all posts
yg meols faham...budak tinggal dlm sangkar kat rumah Adibah (kwn mak budak).

Adibah (35 tahun) nie ketua agaknya. Mak budak 20 tahun, Azlin Fatin 25 tahun.

Adibah menendang kanak-kanak itu beberapa kali sambil dirakam Nor Azlin Fatin manakala ibu mangsa turut berada di tempat kejadian dan membenarkan kejadian itu.

Nor Azlin tinggal sama dgn Adibah, ada siblings 10 org nak kena support.
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2024 10:31 AM From the mobile phone | Show all posts
pening nk hadam cite..apa gila mak kandung mcm ni..
mak dia lesbian ke
kucing pun i xletak dlm sangkar...
kdg tu xfhm ngn org jht ni..salah asuhan ke..
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2024 10:51 AM From the mobile phone | Show all posts
copy_paste replied at 12-11-2024 10:02 AM
yg 10 anak lain tu bukan mak budak tu,tp kawan dia kena sara adik beradik dia 10 org,tu alasan dia ...

adoi salah baca

tapi...... kenapa dia kena sara anak yg bukan dia setuju utk setubuhi & lahirkan.


bapaknya mana
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2024 11:18 AM From the mobile phone | Show all posts
Jaga diri sendiri please. Use protection. Hairan aku dengan waniter yang suka beranak tapi taknak membela
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2024 11:58 AM | Show all posts
gila ni oh
Rakaman video menunjukkan Adibah menendang mangsa beberapa kali di hadapan dua tertuduh lain di rumah berkenaan



tak boleh di maafkan
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2024 12:30 PM | Show all posts
skrg ni anak tu siapa jaga.. tlg la jgn bagi balik kat mak dia
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-11-2024 12:37 PM From the mobile phone | Show all posts
aryyan replied at 12-11-2024 09:25 AM
jangan membiak klo rs xmampu nk jaga amanah allah ni.
condom pn br brapa ringgit ja compare to cost  ...

takkan dah pencen..baru nk beranak???
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2024 01:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Gumuk2 semua tertuduh ye
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2024 01:25 PM | Show all posts
Videoo
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2024 01:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Setannya perangai,mmula baca rasa kesian gak ingatkan tinggal anak dlm sangkar sbab terdesak,baca bawah tu boleh pulak kawan maknya siap tendang anak sambil kawan yg lain rakam,yg mak tengok je...terus rasa nk maki,mak 20 anak 3 tahun,kira lepas spm terus kawin kut,x de sebut pulak pasal ayah...semua tiga ekor betina ni x layak jadi ibu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 01:43 PM GMT+8 , Processed in 0.055122 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list