View: 14362|Reply: 5
|
Bergaduh dalam aksi Liga Super, Arif Aiman, Tommy patut dilayangkan kad merah – TMJ
[Copy link]
|
|
PEMANGKU Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail Sultan Ibrahim menegaskan pengadil patut melayangkan kad merah kepada bintang Johor Darul Ta’zim (JDT), Arif Aiman Hanapi dan pemain Perak FC, Tommy Mawat Bada selepas ‘bergaduh’ dalam aksi Liga Super malam tadi.
Tunku Mahkota Ismail yang juga pemilik kelab JDT turut berpandangan The Bos Gaurus juga wajar diberikan sepakan penalti selepas Clayton Silveira dikasari pada babak pertama.
“Ref (pengadil) patut red card (kad merah) untuk dua-dua (Arif Aiman dan Tommy) players (pemain) bergaduh. Feroz 50/50 challenge (terjahan) saya tak tahu. But (Namun) kalau saya ref (pengadil) bagi aja penalty pada Perak.
“Apa-apa keputusan kita terima,” kata Tunku Mahkota Ismail kepada media menerusi mesej peribadi (DM) di laman Instagram miliknya.
Pada aksi di Stadium Sultan Ibrahim itu, Arif Aiman dikatakan bernasib baik apabila terlepas layangan kad merah selepas didakwa menumbuk Tommy pada insiden minit ke-83.
Bagaimanapun, pengadil perlawanan, Razlan Joffri Ali hanya melayangkan kad kuning kepada Arif Aiman sekali gus dikritik hebat oleh peminat sukan tanah air di laman sosial semalam.
Sebagai rekod, penyerang JDT, Bergson da Silva pernah dilayangkan kad merah kerana menumbuk kepala pertahanan Kedah, Rodney Calvin dua tahun lalu.
Selain itu, Razlan turut membuat keputusan kontroversi apabila tidak menghadiahkan Perak sepakan penalti pada minit ke-37 selepas Clayton Silveira dikasari pertahanan JDT, Feroz Baharudin meskipun semakan Video Bantuan Pengadil (VAR) telah dibuat.
Meskipun saingan berlangsung dalam keadaan ‘panas’, Harimau Selatan tidak mempunyai masalah untuk meraih kemenangan 5-0 pada aksi tersebut sekali gus mengukuhkan kedudukan pendahulu Liga Super.
SUMBER: Kosmo |
|
|
|
|
|
|
|
Pengadil ni mmg bermasalah,kalo game dia jadi ref ada je keputusan dia yg meragukan,ni dh var pon tetap sama jugak |
|
|
|
|
|
|
|
main bola je la nape nak tumbuk2 pulak haishhhh |
|
|
|
|
|
|
|
biasa nengok...kt luar negara...dua 2 pemain yg bertumbuk akn dpt kad merah... |
|
|
|
|
|
|
|
disuruh sabar orang prap kaki pun redho. Memang susah jadi star ni semua orang dengki. Kena jadi pondan tak melawan kot baru dipuji2.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|