View: 18521|Reply: 25
|
[Tempatan]
Restoran nasi lemak terkenal caj bilik aircond tak langgar peraturan - KPDN
[Copy link]
|
|
Oleh AZMI NORDIN
10 November 2024
Notis caj RM1 untuk bilik berhawa dingin di sebuah restoran nasi lemak terkenal di Kampung Baru, Kuala Lumpur.
KUALA LUMPUR – Restoran nasi lemak terkenal di Kampung Baru yang mengenakan caj RM1 bagi bilik makan berhawa dingin didapati tidak melakukan sebarang kesalahan.
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur berkata, pihaknya terkesan gambar di media sosial menunjukkan resit RM1 bayaran bilik berhawa dingin bertarikh 5 November lalu.
“Sepasukan anggota penguat kuasa dihantar ke lokasi restoran nasi lemak terkenal itu yang terletak di Kampung Baru.
“Hasil pemeriksaan mendapati harga bagi makanan, minuman serta caj perkhidmatan mematuhi dasar harga terangkum seperti yang diperuntukkan mengikut Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Menurut kenyataan itu, pemeriksaan lanjut anggota penguat kuasa mendapati caj perkhidmatan bagi bilik berhawa dingin dikenakan kepada pelanggan dewasa adalah RM1 bagi setiap orang manakala tiada caj dikenakan kepada kanak-kanak yang berusia 10 tahun dan ke bawah.
“Pemerhatian anggota penguat kuasa juga mendapati notis caj RM1 dipamerkan dengan jelas di kawasan pintu masuk serta di cermin bilik berhawa dingin yang mudah dilihat oleh pelanggan.
“Pekerja premis juga akan memberitahu terlebih dahulu kepada pelanggan yang ingin masuk ke dalam bilik berhawa dingin berkenaan,” katanya.
Tambahnya, melalui keterangan pekerja restoran, caj RM1 ini dikenakan kepada pelanggan sejak tiga tahun yang lalu dan resit dikeluarkan kepada pelanggan yang menggunakan bilik itu sebagai bukti pembayaran.
“Pemeriksaan di bilik makan berhawa dingin mendapati penghawa dingin berfungsi dengan baik dan pelanggan yang menggunakan bilik itu maklum mengenai caj yang dikenakan serta tiada aduan dalam perkara ini.
“Hasil pemeriksaan mendapati pematuhan tanda harga dan caj di restoran ini adalah jelas dan tiada kesalahan yang dikesan mengikut perundangan yang dikuatkuasakan oleh pihak KPDN,” katanya.
Katanya, pada masa yang sama, pasukan penguat kuasa juga dimaklumkan pihak restoran mengambil tindakan sewajarnya dengan membuat laporan kepada pihak berkuasa berkenaan hantaran viral itu sebagai langkah menjaga nama baik restoran berkenaan.-KOSMO! ONLINE
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
tu la semua nk di viralkn..
dh lama kot kt kedai lain pun ada je kalau masuk kwsn bilik berekon caj lebih sikit...
dh lama la i jmpa tmpt mcmni..sblm covid dh ada..nape skrg org tu nk viral |
|
|
|
|
|
|
|
Dia kena paksa ke masuk bilik aircond tu
Dah tulis, tolong baca dan faham
Apa yg dia xpuas hati
Benda biasa mcm tu pun nak diviral2 |
|
|
|
|
|
|
|
Sedap sgt ke nasi lemak Wanjo ni.tak penah makan |
|
|
|
|
|
|
|
tripleid replied at 11-11-2024 02:01 PM
Sedap sgt ke nasi lemak Wanjo ni.tak penah makan
bc review ramai ckp sambal cair pastu manis, nasi pun tak berlemak mana. agaknya kene pair dgn lauk2 lain kot baru sedap kalau tak, takkan ramai nau ke sana.
iols pun tak pernah makan lg sini.
zaman serba keras, bayar je la kalau nak mkn tanpa berpeluh rejat |
|
|
|
|
|
|
|
syamzana replied at 11-11-2024 02:10 PM
bc review ramai ckp sambal cair pastu manis, nasi pun tak berlemak mana. agaknya kene pair dgn lau ...
Emm dah agak dah mesti nasi lemak dia xde lamak.kedekut santan..harap lauk pauk jelah mewah bertingkek2 pastu caj rega firaun kan..kalo camtu beter beli sikmak psr mlm jah lagi jimat |
|
|
|
|
|
|
|
ada la tu dia tak puas hati kt mana2 ngn kedai wanjo ni, tu pasal dia pegi up pasal cas bilik ekon, tu kita point terakhir dia dah tu |
|
|
|
|
|
|
|
kedai mamak kat rumah aku ni, ada ekon tapi xde cas pape pun. harga makan minum pun std kedai mamak takde ekon..
|
|
|
|
|
|
|
|
ari tu pegi jaman tory pon dia kata klu dok tingkat atas harga lain sikit. xtau caj aircond ke apa. tp situ makanan mmg mahal pon |
|
|
|
|
|
|
|
kucingitam replied at 11-11-2024 02:22 PM
kedai mamak kat rumah aku ni, ada ekon tapi xde cas pape pun. harga makan minum pun std kedai mama ...
mayb atas kedai la kot..
|
|
|
|
|
|
|
|
syamzana replied at 11-11-2024 02:10 PM
bc review ramai ckp sambal cair pastu manis, nasi pun tak berlemak mana. agaknya kene pair dgn lau ...
maknanya..depa cuma nk make nasi lemak dlm bilik beraircond...jer la |
|
|
|
|
|
|
|
kucingitam replied at 11-11-2024 02:22 PM
kedai mamak kat rumah aku ni, ada ekon tapi xde cas pape pun. harga makan minum pun std kedai mama ...
PENGAJARANNYA:
#JgnMakeKtKedaiMelayu
#MaiMamak
|
|
|
|
|
|
|
|
hahah satgi kata taknak upport melayu plak... kikiki
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by bottombikini at 11-11-2024 09:31 PM
selipar_hijau replied at 11-11-2024 02:19 PM
ada la tu dia tak puas hati kt mana2 ngn kedai wanjo ni, tu pasal dia pegi up pasal cas bilik ekon, ...
kalau ikut caption beliau bengkek sbb staff tak kabo betul2 cas ekon ikut kepala sorang singgit
staff pulak tak bagi sambung meja yg kat luar
kalau ramai kena duduk dlm bilik yg ekon
dia tak nampak la tu ada tanda sebesar alam cas ikut kepala |
|
|
|
|
|
|
|
guna taktik jijan seman free marketing ke ni
ramai yg search kedai apa tp baca reviu mcm tak best |
|
|
|
|
|
|
|
ok je cass rm1 daripada owner pindahkan cas kos aircond kpd makanan |
|
|
|
|
|
|
|
RM1 pun nak berkira, miskinnya orang Melayu, ada hati nak jadi tuan dalam negara ini kuhnun |
|
|
|
|
|
|
| |
|