CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 26344|Reply: 84

Jualan tiket sendu…cuba lagi ye dikkk!

[Copy link]
Post time 11-11-2024 06:54 AM | Show all posts |Read mode
Edited by maklukpenggoda at 12-11-2024 05:19 AM

KUALA LUMPUR: Penyanyi Aisha Retno menyifatkan pembatalan Konsert Malam Sutera Aisha Retno di Zepp Kuala Lumpur yang diumumkan oleh penganjur Kharisma Music International benar-benar mengejutkannya, semalam.

Menerusi penjelasan video dimuat naik dalam Instagram, Aisha berkata, dia hanya mengetahui status pembatalan konsert menerusi media sosial pihak penganjur.

Aisha berkata, dia ada menghubungi penganjur bagi mendapatkan pengetahuan terkini berkaitan konsert, namun tiada sebarang maklum balas sejak beberapa bulan lalu.

"Saya tak mengetahui apa-apa status mengenai konsert. Saya ada hubungi penganjur, tetapi mereka hanya senyap.

"Pembatalan konsert serta merta oleh penganjur atas beberapa sebab benar-benar mengejutkan saya dan pihak pengurusan.

"Tapi, Allah mengatakan sebaliknya dan mungkin belum rezeki lagi. Saya terima dengan hati terbuka.

"Cuma, ada yang sahih dan tidak apabila dapat tahu mengenai alasan diberikan penganjur menerusi pengumuman berkenaan.

"Itu yang membuatkan saya terpanggil untuk buat video dan beritahu sedikit kronologi dan kebenaran yang berlaku," katanya.

Berkongsi lanjut, Aisha berkata, dia sendiri mulanya ragu-ragu untuk menerima tawaran penganjur kerana menyedari pengalaman masih terlalu hijau dalam industri muzik.

Namun, katanya, selepas diyakini penganjur, dia bersetuju dan teruja untuk memberikan terbaik pada konsert solo pertama yang sepatutnya berlangsung di Zepp Kuala Lumpur, Sabtu depan.

"Saya ada beritahu penganjur masih hijau dalam industri. Banyak lagi saya kena belajar dan kumpul aset dari segi lagu dan sebagainya.

"Tapi, saya terima cabaran selepas diyakini dan merasakan tak salah mencuba. Bagaimanapun, saya rasa penting untuk saya dedahkan bila perkara seperti ini terjadi.

"Ini kerana konsert ini membawa kesan cukup besar di mana saya terpaksa menolak dan menarik diri daripada beberapa acara dan festival kerana sebahagian syarat perjanjian.

"Saya sebenarnya tidak merancang untuk mengadakan konsert solo kerana baru melaksanakan beberapa acara besar seperti Anugerah Juara Lagu dan The Hardest Singing Show, jadi saya mahu berehat dan buat showcase kecil-kecilan.

"Sepatutnya tugas perancangan kewangan dan pemasaran adalah tanggungjawab penganjur, tapi mereka lemparkan tugas ini kepada saya. Jadi, bila keluar kenyataan penganjur seolah-olah nak salahkan saya," katanya yang menyifatkan tindakan penganjur sebagai penindasan mengarut.

BH

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 11-11-2024 08:54 AM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2024 12:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Zepp ni kapasiti penonton 2,000 jah. Takkan lah 2,000 teket pon x mampu jual dek? Sendu betol..

Kalau axiata x berapa laku mcm aina bedul tu logiklah. Yg tu kapasiti lebih 10,000. Mmg la susah jual walau aina bedul tu agak popular.

By the way artis yg ada deretan lagu popular mcm Fauziah Latiff pon belom berani buat konsert. Senior mendonat mcm Misha Omar pon x pernah ada konsert solo. Senior mcm Nek Ani, Jac, Liza Hanim, Siti Nana, lepas berpuluh tahun baru berjaya wat konsert. Kau terlalu awal dek. Lagu pon takat 1,2 jah yg org tau. Produce dlu banyak2 lagu baru dan bg popular.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2024 07:26 AM From the mobile phone | Show all posts
your music too complicated…..
dia macam wani hasrita punya lagu….celaru gitu….mungkin x nak template sangat…tapi somehow the arrangements cringing
Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2024 07:45 AM | Show all posts
lagu dia
bukan untuk jiwa2 tenang
Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2024 07:49 AM | Show all posts
nama belum cukup gah nak buat konsert solo kot. takpe jgn putus asa. keep soaring high
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-11-2024 07:51 AM From the mobile phone | Show all posts
Teringat dia 'ketibas" masa dlm the hardest singing show
Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2024 07:52 AM From the mobile phone | Show all posts
Bukan ke she besties dgn yuka kharisma ke selaku penganjur konsert? Kalau xsilap si YK jgk yg bantu she masa menang sutera di AJL haritu. Apa cer ni? Spill the tea please?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-11-2024 07:56 AM | Show all posts
scrocth replied at 11-11-2024 07:52 AM
Bukan ke she besties dgn yuka kharisma ke selaku penganjur konsert? Kalau xsilap si YK jgk yg bantu  ...

Betul.. diaorg bff dah lama.. sbb yuka pun asalnya indonesia... diaorg byk together dlm bidang seni ni esp rajin juga buat duet dlm sosial media. kok bisa jadi gini yahhh
Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2024 08:04 AM | Show all posts
redha je la....konsert ni pengukur apa eh? beriye sgt
Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2024 08:23 AM From the mobile phone | Show all posts
Lagu dia ni plg mengarut… x best lngsung. Suara pun x best mana, mmg lambert lg la org nak g tgk….
Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2024 08:28 AM From the mobile phone | Show all posts
Lagu raya ketipak ketipung je yg akak tau lelain tak penah tau

Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2024 08:28 AM | Show all posts
lagu tak best, suara biasa2...rupa pun biasa. malaysia ni lain dik
Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2024 08:34 AM From the mobile phone | Show all posts
Suara dan lagu tidak kena
Not my taste gitewwwwwww
Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2024 08:35 AM From the mobile phone | Show all posts
iols cannot la..teringat dia lari melilau masa menang AJL tu .. suara dia i ok la jgk..Tapi belum tahap penarik utk ke konsert kot..ramai pemuji kat socmed bukannya tanda diorg sanggup nak beli tiket pun..
Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2024 08:55 AM | Show all posts
baru lg maybe tak byk lagu sendiri lg kot.
tak sume org taste sama nk tgk konsert terus klu baru lg kan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-11-2024 08:58 AM From the mobile phone | Show all posts
Who are you?
Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2024 09:13 AM From the mobile phone | Show all posts
Baru lagi, lagu apa je yg boleh sing along? Iols dengar tak dengar je lirik lagu sutera dia, senang lupa
Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2024 09:21 AM | Show all posts
lagu bagaikan sutera tu pn tah pape je..dok ulang2 ayat yang sama..
Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2024 09:21 AM From the mobile phone | Show all posts
Apa jah lagu hits ko dik? Stakat 1-2 lagu hits, ko pi je la nyanyi kt kenduri kawen
Org dtg bayar mahal2, pastu lagu hit x smpi 5 lagu pun nk buat hapo
Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2024 09:24 AM From the mobile phone | Show all posts
Fan base kuat tak?
Klu fan bole kira dgn jari toksah la wat konsert
Dah level ena bedul baru la fikir ..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 01:15 AM GMT+8 , Processed in 0.060123 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list