CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 40839|Reply: 0

[Johor] YAYASAN JCORP JAYAKAN ADVOKASI KESIHATAN MENTAL

[Copy link]
Post time 10-11-2024 12:43 PM | Show all posts |Read mode

Yayasan Johor Corporation (JCorp) dengan kerjasama Hospital Pakar KPJ Puteri, Cerebrum dan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) menganjurkan forum ‘Strong Minds, Strong Bonds’ bagi meningkatkan kesedaran mengenai kesihatan mental. | Foto MDJ Wira Anggara

Yayasan Johor Corporation (JCorp) dengan kerjasama Hospital Pakar KPJ Puteri, Cerebrum dan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) menganjurkan forum ‘Strong Minds, Strong Bonds’ bagi meningkatkan kesedaran mengenai kesihatan mental dan memberikan sokongan kepada keluarga terkesan dengan autisme.

Disertai lebih 80 peserta, forum menampilkan panel profesional seperti Prof. Madya Dr. Anne Yee Hway Ann, Pakar Psikiatri Hospital Pakar KPJ Puteri dan Catriona Ross, selebriti tempatan yang berkongsi pengalaman serta memberi perspektif kepada ibu bapa dan penjaga terhadap penjagaan anak autisme.

Forum turut mengetengahkan Dr. Wan Mohd Azam Wan Mohd Yunus, Pensyarah Psikologi Klinikal UTM dan Azsyikin Jazuli, Pengerusi Persatuan Kanak-Kanak Autistik Islam Johor Bahru yang berkongsi pandangan mengenai hubung kait autisme dengan pengurusan kesihatan mental.

Sementara itu, Zaidatul Zurita Abdul Rahman, Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan JCorp menyifatkan forum berkenaan merupakan strategi pihaknya membantu ibu bapa dan penjaga mendapatkan khidmat sokongan penjagaan kesihatan mental dengan bertemu kumpulan pakar sekali gus melahirkan masyarakat yang penyayang.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-11-2024 06:50 PM GMT+8 , Processed in 0.270752 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list