View: 25893|Reply: 4
|
Berang difitnah pernah nasihati Fattah Amin, Rosyam Nor ambil tindakan undang-undang - “Korang tunggu saya seret pergi mahkamah!"
[Copy link]
|
|
BERANG dengan tindakan individu tidak bertanggungjawab menggunakan nama dan wajahnya sebagai kandungan media sosial, Datuk Rosyam Nor merancang untuk mengambil tindakan undang-undang.
Menerusi hantaran yang dibuat menerusi akaun Instagram miliknya, penerbit dan aktor berusia 57 tahun itu berkongsi paparan skrin beberapa pengguna media sosial yang mendakwa beliau pernah memberi nasihat ‘pedas’ kepada Fattah Amin berhubung perkahwinannya dengan Nur Fazura.
“Korang (kamu) tunggu saya seret pergi mahkamah!
“Buat fitnah dan aib orang,” tulisnya ringkas.
Difahamkan, ayat yang pernah dilontarkan bintang KL Gangster 2 itu adalah berkaitan topik wanita berkahwin yang bekerja dan tidak ada kena mengena langsung dengan Fattah serta Fazura.
Rata-rata pengikut termasuk rakan artis bersetuju dengan tindakan Rosyam dan berpendapat sudah tiba masanya individu sebegini dikenakan tindakan tegas.
Terdahulu, selepas hampir tujuh tahun mengecapi kebahagiaan rumah tangga, Fattah melafazkan cerai terhadap isterinya, Fazura dengan talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Petaling di sini, pada Isnin.
Selepas prosiding berlangsung hampir satu jam, mahkamah merekodkan talak oleh Fattah atau nama penuhnya, Abdul Fattah Mohd Amin, 34, di hadapan Hakim Syarie, Abdul Malik Soleh pada jam 9.45 pagi.
Fazura dan Fattah yang mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017, dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Nur Fatima Aisya yang kini berusia empat tahun.
Sumber - Sinar Harian
|
|
|
|
|
|
|
|
Nape le pulak topik pokcik ni sendu? |
|
|
|
|
|
|
|
ni kes channel sendu nak up cari traffic dgn clickbait title lah ni.. fitnah belakang cerita janji views mencanak |
|
|
|
|
|
|
|
clueless_gamer replied at 15-10-2024 01:54 PM
ni kes channel sendu nak up cari traffic dgn clickbait title lah ni.. fitnah belakang cerita janji v ...
Pastu jenis tekan2 direct ke shopee link.. begitula org sekarang mcari rezeki cara senang |
|
|
|
|
|
|
|
dh ada 2 - 3 dh thread psl isu yg sama
in fact kt ci pun ada 1 psl ni
btw tu ke ayat2nya?
klu betul....ish2
keras tp peringatan yg kasar
|
|
|
|
|
|
|
| |
|