View: 9941|Reply: 72
|
Mungkin bertaut kembali? [U]
[Copy link]
|
|
Post Last Edit by Jaza2008 at 15-4-2011 15:00
Pasangan pertengahan umur itu asyik mengamati rumah Zaleha.
Dari ruang tamu, mereka ke dapur.
"Yah, abang rasa, kabinet dapur ni masih elok.
hm.... tak perlu kita robohkan.
Kita tambah para-para di atas tu," si suami mengamit isteri dan mereka sama-sama mengangguk.
"Betul tu Bang. Yah suka kabinet ni, bersih," isteri tersenyum manis.
Zaleha memerhatikan mereka berdua. Agen penjual rumah, Musa dari syarikat Remax juga hadir.
"Encik Ismail, rumah ni baru saja di ubah suai, memang semua masih elok.
mari kita tengok bilik pula," Musa mempelawa.
Di bilik tidur utama, sang suami tersenyum lebar.
"Abang ni senyum sendiri kenapa?" isteri menegur.
"Yah, abang teringat, warna ini yang Yah minta untuk bilik kita kan?
Tapi, abang silap, abang beli warna lain, akhirnya Yah merajuk," Ismail mengusik.
Terburai tawa mereka bertiga. Zaleha yang menanti di ruang tamu, hatinya bercampur baur.
Kemesraan pasangan itu membuat hatinya sayu. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Zaleha melamun di tingkap dapur. Kemesraan pasangan tadi masih terbayang-bayang di matannya.
Terdengar bunyi tapak kaki melangkah kearahnya.
"Puan Zaleha, nampaknya pasangan tadi berminat.
Esok, saya akan hubungi mereka untuk bertanya," Musa memberitahu.
Dia yang baru saja menghantar pasangan tadi ke pintu.
"Terima Kasih Musa. Kakak harap dapat segera jual rumah ni."
"InsyaAllah, saya cuba."
"Saya minta diri dulu. Ada appointment lain di tampines."
--------------------------- |
|
|
|
|
|
|
|
Bunyi sms masuk ke talipon bimbit.
Azman - "late"
Itu saja pesanan dari Azman, suami yang dinikahi lebih dua puluh tahun yang lalu.
Satu jangka masa yang tidak singkat.
Zaleha mengeluh. Jam di dinding di kerling. Sudah hampir jam 11 malam.
Dah beberapa tahun, mereka jarang bercakap. Jauh sekali bermesra.
Semunya hambar.
Entah di mana silapnya. Bila bertemu, masing-masing terdiam.
Dah tak ada yg seronok untuk bercerita. Sudah hilangkah kasih-sayang mereka.
Sejak anak tunggal mereka, Farhan, menikah dan berpindah ke Melbourne, hidup mereka semakin sunyi. |
|
|
|
|
|
|
|
new novel.... I LIKE IT |
|
|
|
|
|
|
|
Jam berbunyi 12 kali. Suah tengah malam.
Mata Zaleha masih terkebil-kebil.
Hanya dia yang berbaring di katil itu.
Azman masih belum pulang.
Fikirannya melayang mengingatkan pasangan tadi.
Mereka lebih tua darinya. Menurut Musa, pasangan itu nak mencari
rumah 3 bilik seperti rumahnya. Anak-anak mereka sudah mendirikan rumah tangga
dan mereka hanya tinggal berdua.
Rumah Zaleha memang sesuai untuk keperluan mereka.
Ada kedai dan klinik yang berhampiran.
lif juga ada di lantai itu.
Pasti mereka sudah lama bernikah. Tapi masih mesra, masih boleh bersenda dan berpegangan tangan.
Hati Zaleha mula sedar. Dia sebenarnya rasa cemburu! |
|
|
|
|
|
|
|
"Kak Leha, baru balik pasar?" jiran sebelah Aisyah menyapa.
"Ya, tak tahu nak masak apa hari ni. Beli ayam dan sayur kobis aje.
Man jarang balik makan di rumah."
Aisyah baru setahun berpindah ke situ. RUmahnya yang bersebelahan dengan rumah Zaleha senantiasa ceria
dengan anak-anaknya yang masih di bangku sekolah.
"Kakak nak join bersenam tak? semalam, Syah jumpa Mak Jarah yang jual Nasi Lemak kat pasar tu.
Dia dan kawan-kawan dia nak adakan kelab senaman wanita. Cuma $2 sebulan untuk menjadi ahli.
Marilah kak. Kita bakar lemak yang dah lama bersemayam ni..ha..ha..."
"Kau ni Aisyah, ada aje. Senaman kat mana? Malulah akak, dah tua-tua ni."
"Siapa kata akak tua? Masih boleh pakai kebaya ketat ni," Aisyah mengusik.
"Nantilah akak tanya Man." |
|
|
|
|
|
|
|
Assalamualaikum,
Wah! Langkah kanan nampaknya, ada novel baru |
|
|
|
|
|
|
|
Bling... aku kat tag board hang... apa yg buat sini... gi balik, taip banyak2.... k |
|
|
|
|
|
|
|
ooohhh..APK tu anak pak kassim ke? |
|
|
|
|
|
|
|
Yes, APK anakpakkassim, aka ifah03 |
|
|
|
|
|
|
|
Saranan Aisyah membuat Zaleha berfikir.
Antara tugas-tugas hariannya, dia sememangnya mempunyai masa senggang.
Tiba-tiba, dia teringat pada tugasan utama yang sudah lewat.
Melawat ayah mertuanya di hospital Besar Changi.
Bergegas dia bersiap.
-----
"Asslammualaikum."
"WaalaikumSalam."
"Abah sihat hari ni?"
"Sama saja. Abang dah bosan duduk sini," sayu saja jawapan Hussin.
"Misi kan cantik-cantik. ada yang pimpin tangan abah, ada yang tolong suapkan," usik Zaleha.
"Bila pulak misi pimpin abah?"
"Dalam mimpi, manis misi tu. Muda lagi," Zaleha makin galak mengusik.
"Kau ni nak sangat dapat mummy baru?" Husin mula tersengih.
Dalam hati dia bersyukur mempunyai menantu seperti Zaleha.
Suka menghiburkan hatinya.
"Wah, dah ada ke? Jambu ke abah?"
"Memang Jambu, Jambu batu, celup kicap dengan garam. Ada-ada ajelah kau ni."
"Tak sedaplah macam tu, celup gula, baru manis!"
"Kau memang nak bagi gula abah naik lagi!"
"Abah makan dalam mimpi je, ok?" mereka ketawa bersama-sama.
Husin menggelengkan kepala dengan usikan menantunya.
Begitulah mereka berdua sehingga ramai yang menyangka mereka adalah pasangan ayah dan anak yang sungguh mesra, seumpama kawan.
----- |
|
|
|
|
|
|
|
Amboi hari ni sempena rumah baru kita kenduri roti canai cicah dgn kari ikan jenahak sal |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 13# AnakPakKassim
yeah... akhirnya ada gak buah tngan baru dari seberang tambak...
ifah.. sila letak rate U kat ujung title ya... U kan?
aku jadi malas nak ngedit ni...
tak tahu napa lepas makan tadi mata kuyu je.... ngantuk dari pagi tadi..
bila masuk sini baru jadi lebar skit kelopak mata...
|
|
|
|
|
|
|
|
apasal lak ada hal bini bini ni...
bila masa aku hidang roti canai dgn kari ikan tu? Itu kat rumah bling...
bling... ramai melangut kat ruma kau tu... besar hati bila sedar ko kat ruma aku rupanye...
Ini cerita kombinasi 2 rakan aku gak - lebih pada perasaan bila dah lama rumahtangga, macam mana agaknye nak menghangat kat situasi...
Kalau Jaza, aku tahulah.. dia sarung ke night dress sexy... mesti menjadi... tapi Leha ni jenis conservatif....
kita nantikan, k! |
|
|
|
|
|
|
|
nape ZALEHA nie sebenarnya... |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|