View: 36999|Reply: 4
|
Lelaki terkejut, doa minta wang ketika tawaf segera dimakbulkan
[Copy link]
|
|
MEKAH – Seorang pesohor media sosial dari Indonesia mengundang perhatian orang ramai selepas doanya memohon wang termakbul ketika melakukan Tawaf di keliling Kaabah, lapor saluran berita Indozone semalam.
Rakaman yang dimuat naik di platform TikTok oleh akaun @qil.tourleader.umroh itu menunjukkan lelaki itu mengerjakan ibadah umrah di Tanah Suci.
Semasa melakukan Tawaf, dia berdoa kepada Tuhan untuk memberikannya wang yang banyak.
Beberapa saat kemudian, dia disapa oleh seorang lelaki warga asing lalu meminta nombor telefonnya untuk memberikan wang.
“Boleh saya dapat nombor kamu? Kamu akan mendapat wang yang banyak. Saya akan membuat panggilan,” kata warga asing itu di dalam video berkenaan.
Rakaman itu mencatatkan lebih 28.1 juta tontonan dan menimbulkan pelbagai reaksi daripada netizen.
“Doanya termakbul tanpa hiijab,” kata seorang netizen.
Sumber : Kosmo |
|
|
|
|
|
|
|
takkan bagi saja kannnnnnn..... |
|
|
|
|
|
|
|
Awas scammer...slamber je mintak no.tpon org. |
|
|
|
|
|
|
|
Dah susah2 dpt jemputan pergi mekah, minta duit je. |
|
|
|
|
|
|
|
ada kawan ai cerita awek ni terpaksa menipu depan kaabah sebab kena harass dengan scammer indonesia.....dia cakap dia bukan org malaysia.....end up awek ni nangis takut nak gi mana mana....so emak dia datang ambil awek tu kat masjidil haram langsung pulang hotel
takut kena telan bumi lah tuh..... |
|
|
|
|
|
|
| |
|