CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 13052|Reply: 5

Madammu Titip Nasihat Buat Kaum Hawa – ‘Cari Duit Untuk Diri Sendiri Bukan Tanggung Jantan’

[Copy link]
Post time 18-9-2024 11:50 AM | Show all posts |Read mode




Usahawan jelita, Madammu menasihati kaum wanita agar tidak menanggung lelaki yang digelar biawak hidup.


Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, Madammu membaca komen daripada seorang wanita yang berminat untuk menyertai perniagaannya.





"Saya ada boyfriend yang kaki kikis, jadi boleh la nak tanggung dia kalau sertai (perniagaan) ini."


Madammu atau nama sebenarnya Eriyca Baiduri kemudian berkata, dia sama sekali tidak bersetuju andai wanita tersebut bertindak menanggung teman lelakinya.


"Kenapa nak tanggung lelaki? Siapa ajar tanggung lelaki?"


"Awak cari duit untuk diri awak sendiri, untuk awak joli bukan untuk tanggung jantan atau biawak hidup."


Menurut usahawan berusia 34 tahun itu, seorang wanita perlu berfikiran bijak kerana menanggung lelaki bukanlah tanggungjawab kaum Hawa.


"Kita orang perempuan kena pandai dan bijak. Kau tahu lelaki kau tu biawak hidup, daripada kau tanggung dia, lebih baik kau tanggung mak kau dekat kampung."


"Kalau nak tanggung jantan, jangan berniaga."


Justeru, Madammu berpendapat adalah lebih baik jika wanita tersebut meninggalkan teman lelakinya dan mencari seorang lelaki yang lebih baik.


"Dah tahu kaki kikis, kau nyahkan dia dan cari jantan lain. Macam tak ada jantan lain dalam dunia ini.


"Semua jenis ada, daripada sakit hati menanggung.


"Jangan jadi perempuan sebegitu, kita berniaga untuk diri kita."


Sumber: TikTok Noir Health Beauty, OhBulan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-9-2024 12:39 PM | Show all posts
hahahaha! bodo giler gak eh yg tanya tu. iols plak yg naik drh dgr. ko apehal nak tggung biawak nyah?
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2024 03:41 PM | Show all posts
koser nak tanggung jantan.carilah duit sendiri..yg pempuan ni pun dah kenapa takde otak ke.. takleh fikir...xde mende lain ke nak tanggung selain biawak hidup..pegi check takut kene guna2..menurut je takleh melawan..meols cerita based on my experience
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2024 09:40 AM | Show all posts
pompuan ni fake sungguh
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2024 06:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Letih dengar pompuan pelat ni
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2024 11:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Dia mmg dilahirkan keluarga kaya ke?
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-11-2024 07:42 PM GMT+8 , Processed in 1.014850 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list