Difahamkan, pemandu berkenaan bertindak demikian kerana didakwa berang selepas dihon oleh kenderaan itu.
Tidak dinafikan, masih ada segelintir sikap pemandu di Malaysia yang tidak bertanggungjawab dengan memandu secara berbahaya sehingga menyusahkan pengguna jalan raya yang lain.
Malah, ada juga pemandu yang berlagak samseng dengan menjadi pembuli jalan raya hanya kerana ditegur atau dihon. Tular pemandu BMW tunjuk lagak samsengSeperti baru-baru ini, tular di media sosial satu rakaman ‘dashcam’ memaparkan tindakan seorang pemandu yang seakan menunjukkan lagak samseng jalananannya. Menerusi perkongsian video yang dimuat naik di akaun X @update11111, kelihatan pemandu kereta jenis BMW X5 itu dengan sengaja menghalang sebuah lagi kenderaan lain. Sengaja halang, pandu secara bahayaTidak hanya itu, kelihatan juga menerusi rakaman sama pemandu berkenaan cuba menghalang kereta terbabit yang ingin memotongnya. Jelas, tindakan yang dilakukan oleh pemandu BMW terbabit membahayakan nyawa pengguna jalan raya yang lain. Kapsyen pada video mendakwa pemandu berkenaan bertindak demikian kerana berang selepas dihon oleh kenderaan itu. Orang ramai pakat kecam, minta pemilik dashcam buat laporanMenjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial mengecam tindakan pemandu BMW itu. Tidak hanya itu, mereka turut meminta agar pemilik dashcam berkenaan membuat laporan terhadap pihak berkuasa agar tindakan lanjut dapat dikenakan kepada pemandu itu. Tak kisahlah apa pun puncanya berlaku tetap tindakan sedemikian boleh membahayakan nyawa pengguna jalan raya lain yang tidak bersalah. Untuk info, lagak samseng jalanan boleh dikenakan tindakan di bawah Seksyen 353 Kanun Keseksaan dan Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
|