CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 25097|Reply: 2

[Pulau Pinang] 2 beradik termakan keropok beracun: Ibu belum terfikir ambil tindakan terhadap jiran

[Copy link]
Post time 9-7-2024 02:54 PM | Show all posts |Read mode
2 beradik termakan keropok beracun: Ibu belum terfikir ambil tindakan terhadap jiran

OlehSYAJARATULHUDA MOHD ROSLI

09 Julai 2024 02:33pm








Nurain sayu melihat gambar anak-anaknya di telefon bimbitnya.




GEORGE TOWN - Ibu kepada dua beradik yang kritikal selepas makan makanan ringan yang disyaki mengandungi racun tikus, Nurain Hasnorizal, 25, masih tidak dapat memikirkan tindakan seterusnya terhadap jiran kerana ingin menumpukan perhatian kepada kedua-dua anaknya itu terlebih dahulu.

Ini kerana, menurut Nurain, keadaan kedua-dua anaknya itu masih sama dan tidak menunjukkan sebarang perubahan positif setelah dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi Pediatrik (PICU) Hospital Pulau Pinang (HPP) sejak Ahad.



Kata ibu muda itu, kedua-duanya masih berada dalam keadaan koma dan dipantau rapi oleh doktor pakar.

"Saya tak fikir lagi tentang tindakan ke atas jiran, sama ada mahu ambil tindakan atau pun memaafkan sahaja mereka. Mungkin saya akan bincang dengan keluarga dulu.
"Buat masa ini, saya nak tumpu terhadap keadaan anak-anak saya dulu. Fikiran saya masih kepada anak-anak.
"Keadaan mereka masih sama sejak dimasukkan ke hospital, dalam keadaan koma. Menurut doktor, tiada perubahan positif yang ditunjukkan," katanya ketika ditemui di pekarangan HPP di sini pada Selasa.

Ditanya sama ada jirannya ada menghubungi keluarga atau dirinya sendiri untuk berbincang, Nurain berkata, sehingga kini, tiada panggilan telefon mahu pun ajakan berbincang daripada jirannya itu.

"Tak ada," katanya ringkas.


Menurut Nurain, doktor sedang berusaha sebaik mungkin untuk menyelamatkan kedua-dua anak kesayangannya itu.

"Abang yang paling kritikal sebab masih tiada tindak balas, masih dalam keadaan lemah. Adik pula, tekanan darah dia ok, doktor tengah masukkan ubat.

"Saya harap yang terbaik untuk anak-anak saya, saya reda apa sahaja takdir," katanya.

Bercerita lanjut, Nurain berkata, jirannya itu kerap meletakkan racun monyet di bahagian belakang kebun, namun pada hari kejadian, racun tersebut turut diletakkan di bahagian hadapan kebun.

"Semua lima peket keropok yang mengandungi racun monyet. Jarak antara rumah saya dengan kedudukan keropok itu disangkut hanya 50 meter.

"Saya memang tak sangka perkara ini berlaku ke atas anak-anak saya kerana sebelum ini pun, jiran memang sangkut keropok tetapi di bahagian belakang kebun. Mungkin benda nak jadi, kali ini dia letak di hadapan kebun," katanya.

Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan, dua beradik Muhammad Akil Syauqi Nur Sufian, 3, dan Muhammad Luth Syauqi, 2, dilaporkan kritikal selepas makan keropok yang dipercayai mengandungi racun tikus di Kampung Padang Ubi, Labu Besar.

Hasil siasatan polis mendapati, dua beradik itu dipercayai mengambil paket keropok segera yang tergantung di dawai besi pagar mengandungi racun tujuan bagi perangkap monyet.

Kejadian itu disedari ibu mangsa pada jam 11 pagi di rumah sebelum membawa kedua-dua anaknya ke Klinik Kesihatan Malau dan Hospital Kulim (HK) untuk rawatan lanjut.



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-7-2024 02:57 PM | Show all posts
masa kejadian, tokwan mengasuh, cucu sempat bawak balik tunjuk kt tok... awat yg tak amik buang?

mak awat tak dakwa tok ngan tokwan..
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2024 04:42 PM | Show all posts
Sebiji macam jiran iols, lonely duda, kerjanya racun haiwan, dia buat mcm ni lah, letak bait kat foods, keliling rumah dia, mmg byk dah kucing, monyet mati, nasib baik anak iols dah remaja and takkan simply mkn apapunh selain makanan kat rumah and nasib baik kucing2 i mmg indoor cats. Huh
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-1-2025 04:39 PM GMT+8 , Processed in 0.931745 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list