CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 40453|Reply: 1

[Pulau Pinang] Ibu rayu titipkan doa buat dua anak kritikal termakan keropok beracun

[Copy link]
Post time 8-7-2024 05:13 PM | Show all posts |Read mode
Ibu rayu titipkan doa buat dua anak kritikal termakan keropok beracun


Zuhainy Zulkiffli[email protected]




NURAIN menunjukkan gambar Muhammad Luth Syauqi dan Muhammad Akil Syauqi yang dilapor kritikal di HPP selepas termakan keropok yang mengandungi racun tikus. FOTO Zuhainy Zulkiffli





Georgetown: "Saya rayu orang ramai titipkan doa buat dua beradik ini semoga segera sembuh dan pulih seperti sedia kala.

"Terima kasih dan semoga ada doa dalam kalangan kalian yang dikabulkan Allah SWT."

Begitu rayuan Nurain Hasnorizal, 25, mengenai perkembangan dua anaknya yang kini kritikal dirawat di Hospital Pulau Pinang (HPP) akibat termakan keropok yang mengandungi racun tikus.

Dalam kejadian di Kampung Padang Ubi, Labu Besar, Kulim, Kedah itu, Muhammad Luth Syauqi Abdul Rahman dan Muhammad Akil Syauqi masing-masing berusia dua dan tiga tahun masih tidak sedarkan diri dan di bawah pemantauan doktor.

Katanya, doktor tidak dapat beri harapan terhadap pemulihan anak sulungnya tetapi mereka akan cuba yang terbaik.

"Doktor mengatakan pada masa ini, mereka tidak dapat lakukan rawatan pada buah pinggang Muhammad Akil Syauqi berikutan keadaannya yang tidak stabil.

"Tekanan darahnya juga rendah dan jika rawatan dibuat, keadaan buah pinggangnya bertambah 'teruk',' katanya ketika ditemui di perkarangan HPP, hari ini.

Mengenai perkembangan Muhammad Luth Syauqi pula, Nurain berkata, anak keduanya itu masih dalam keadaan koma.

"Dia sudah menjalani imbasan tomografi berkomputer (CT Scan) hari ini dan masih koma.

"Pada masa ini fikiran saya masih buntu, namun saya mohon supaya orang ramai supaya mendoakan kesembuhan kedua-duanya," katanya yang juga operator kilang.

Nurain berkata, ketika kejadian dia menyedari anaknya masuk ke dalam rumah dan tidak lama kemudian, anak bongsunya diserang sawan.

Katanya, dia turut memeriksa keadaan anak sulungnya yang dalam keadaan serupa selain mulut berbuih.

"Saya lihat ada plastik makanan ringan dan yakin mereka sudah termakan keropok dicampur racun tikus itu yang sering digunakan penduduk berhampiran bagi memerangkap monyet.

"Berikutan keadaan kritikal, mereka dipindahkan dari Hospital Kulim (HK) ke HPP," katanya.

Turut kelihatan di perkarangan HPP adalah sanak saudara mangsa yang menemani Nuraini.

Terdahulu Harian Metro melaporkan mengenai dua kanak-kanak terbabit kritikal selepas termakan keropok mengandungi racun tikus, semalam.

Hasil siasatan polis mendapati, dua beradik itu dipercayai mengambil paket keropok segera yang tergantung di dawai besi pagar mengandungi racun tujuan bagi perangkap monyet.




Disiarkan pada: Julai 8, 2024 @ 4:35pm






Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-7-2024 05:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Semoga cpt sembuh la anak2 ye
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-1-2025 04:39 PM GMT+8 , Processed in 0.065634 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list