CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 31691|Reply: 0

[Kedah] Umat Islam tidak boleh tinggal politik - Tokoh Maal Hijrah Kedah

[Copy link]
Post time 7-7-2024 03:35 PM | Show all posts |Read mode
Umat Islam tidak boleh tinggal politik - Tokoh Maal Hijrah Kedah


Noorazura Abdul Rahman[email protected]





Bekas Imam Masjid Negara yang juga bekas Ahli Parlimen Baling, Datuk Taib Azamudden Md Taib bersama ahli keluarga selepas menerima anugerah Tokoh Maal Hijrah 1446 Kedah. FOTO Noorazura Abdul Rahman





Alor Setar: Bekas Imam Masjid Negara yang juga bekas Ahli Parlimen Baling, Datuk Taib Azamudden Md Taib yang dipilih sebagai Tokoh Maal Hijrah 1446 Kedah mengingatkan umat Islam agar tidak meninggalkan politik kerana ia sebahagian daripada agama.

Taib Azamudden, 74, berkata, menjadi tanggungjawab umat Islam agar tidak membuang undi ke arah merosakkan Islam.

"Mengikut ulama tersohor iaitu Profesor Dr Yusuf al-Qaradawi, politik dengan Islam ini tidak boleh tinggal, apa yang saya ingat secara jelas ditekankan beliau membuang undi itu sebahagian daripada kedudukan syahadah kita, makna kalau syahadah kita sebagai Islam kita tak boleh membuang undi ke arah merosakkan Islam.

"Itulah tanggungjawab kita sebagai Muslim," katanya ketika ditemui selepas Majlis Perhimpunan Sambutan Maal Hijrah 1446 di sini, hari ini.

Sultan Kedah Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah berkenan menyampaikan anugerah berkenaan.

Bapa kepada enam anak itu menerima anugerah berserta wang tunai RM15,000 dan sijil penghargaan.

Turut berangkat, Raja Muda Kedah, Tengku Sarafudin Badlishah Sultan Sallehuddin.

Hadir sama, Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor.

Taib Azamudden pernah bertugas sebagai Penolong Pengarah Institut Dakwah, Bahagian Hal Ehwal Islam (BAHEIS), Jabatan Perdana Menteri sekembali dari Universiti Al-Azhar, Mesir.

Beliau kemudian ditukarkan ke Unit Kariah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan sebagai Pengarah Pentadbiran Qariah, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (1981-1982).

Beliau dilantik sebagai Imam 1, Masjid Negara (1985-1992) dan kemudiannya disusuli jawatan Imam Besar Masjid Negara (1992-1999).

Sewaktu bertugas sebagai Imam Besar Masjid Negara, beliau pernah diberi pengiktirafan mewakili Malaysia dalam Persidangan Masjid-masjid Sedunia di Tehran, Iran pada tahun 1995 dan kemudiannya di Libya pada tahun yang sama.

Bersara dari perkhidmatan awam, beliau beralih ke kancah politik dan pernah memegang jawatan sebagai Ahli Parlimen Baling bagi penggal ke-10 (1999-2004) dan penggal ke-12 (2008-2013).

Kini dalam usia 74 tahun, beliau masih memegang jawatan sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah Maahad Tarbiah Haraki An-Nur Kuala Ketil, Baling, yang diusahakan oleh anak ketiganya, Azam Hakimi Taib Azamudin.



Disiarkan pada: Julai 7, 2024 @ 3:16pm






Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-1-2025 04:58 PM GMT+8 , Processed in 0.099568 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list