CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 30121|Reply: 0

[Perlis] Banci pertanian bermula hari ini

[Copy link]
Post time 7-7-2024 01:20 PM | Show all posts |Read mode
Banci pertanian bermula hari ini


Oleh Aizat Sharif - Julai 7, 2024 @ 1:12pm [email protected]






Mohd Uzir (tengah) bersama pekebun pegaga, Johari Din semasa Banci Pertanian di Kampung Paya Burma, Mata Ayer, Arau. - Foto BH/AIZAT SHARIF





ARAU: Banci Pertanian 2024 bermula hari ini mampu memberikan data yang berkesan dalam mengurus pertanian dan sumber makanan negara.

Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin, berkata pelaksanaan banci selama tiga bulan sehingga Oktober itu akan membabitkan lebih 5,000 pegawai Jabatan Perangkaan.

Katanya, mereka akan mendapatkan pelbagai data berhubung pertanian melalui temu bual dengan petani yang meliputi subsektor ternakan, perikanan, perhutanan dan pembalakan.

Beliau berkata, peluncuran banci itu dilaksanakan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof pada 4 Julai lalu dan kali terakhir banci pertanian dilaksanakan pada 2005.

"Ini keperluan dari semasa ke semasa merangkumi isu global seperti kekurangan pengeluaran pertanian ... banyak negara yang menghalang eksport. Kita perlukan maklumat ini sebagai rujukan kita dalam memajukan sektor pertanian negara.

"Di seluruh negara, kita mempunyai lebih 1.3 juta pemilik atau tempat kediaman yang akan kita pergi untuk kita bertanya dan mengambil maklumat mengenai penghasilan pertanian, profil, demografik, teknik penggunaan tanah dan sebagainya

"Perincian itu membolehkan maklumat itu memberi makna kepada pelaksanaan program dan dasar yang patut dilaksanakan oleh kerajaan selepas ini.

"Kita juga melaksanakan pembancian ini kepada syarikat, pertubuhan perniagaan yang terbabit dalam sektor pertanian. Terdapat lebih 20,000 syarikat dan pertubuhan perniagaan pertanian di negara ini," katanya.

Beliau meninjau hari pertama operasi Banci Pertanian 2024 di Jalan Guar Nangka, Kampung Paya Burma, Mata Ayer, di sini hari ini.

Hadir sama Pengarah Perangkaan Perlis, Hamka Ismail.

Di Perlis, katanya, ada 14,800 (pemilik) kediaman yang kita kenal pasti terbabit dengan sektor pertanian atau memiliki kawasan tanah pertanian

"Ini membolehkan isu dilihat secara terus kepada petani mengikut kawasan dan daerah sebab banci ini pergi dari rumah ke rumah yang terbabit dengan pertanian.

"Jadi, maklumat itu membolehkan penambahbaikan dilakukan oleh kerajaan selepas ini.

"Data daripada petani ini akhirnya akan kembali kepada petani semula, bahkan akan kembali kepada masyarakat umum yang tak terbabit dengan pertanian untuk mendapat manfaat bila penghasilan itu tinggi," katanya.

Beliau berkata, dapatan data Banci Pertanian 2024 dijangka akan diperoleh pada suku tahun pertama tahun hadapan.







Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-1-2025 05:17 PM GMT+8 , Processed in 0.236066 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list