CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 30227|Reply: 0

[Kedah] 'Doa kami setiap hari dimakbulkan Tuhan'

[Copy link]
Post time 7-7-2024 01:13 PM | Show all posts |Read mode
'Doa kami setiap hari dimakbulkan Tuhan'


Oleh Safuri Kamarudin - Julai 7, 2024 @ 12:10pm [email protected]





Laporan BH sebelum ini mengenai penemuan Prebet Syafiq selepas 19 hari hilang.





BALING: "Syukur adik selamat walaupun tersesat di hutan selama 19 hari... doa kami setiap hari dimakbulkan Tuhan... syukur sangat-sangat."

Itu kata-kata Syazwani Abdul Halim, 24, abang kepada Prebet Muhammad Syafiq Hilmi, 22, yang ditemui selamat semalam selepas dilaporkan hilang ketika menyertai Op Ukur bersama Jabatan Ukur dan Pemetaan (JUPEM) di sempadan Malaysia-Brunei di Limbang pada 18 Jun lalu.

Syazwani yang ditemui di rumahnya di Pekan Kuala Pegang berkata, anggota Batalion Ke-7 Rejimen Sempadan (RS) itu adalah anak ketiga daripada lima beradik.

Katanya, mereka sekeluarga terkejut apabila dimaklumkan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Muhammad Syafiq Hilmi hilang ketika bertugas.

"Sejak kehilangan adik, kami tidak putus berdoa supaya dia ditemui selamat dan akhirnya dia ditemui semalam," katanya.

Menurut Syazwani, ibu mereka, Zawiyah Salleh, 55, di bawa pihak ATM kira-kira jam 8 malam tadi untuk menemui adiknya di Sarawak.

Katanya, bapa mereka, Abdul Halim Abdul Kadir tidak dapat ikut serta kerana sakit.

"Semalam kami sempat mengadakan kenduri kesyukuran apabila adik ditemui selamat," katanya.

Semalam Jurucakap Sel Perhubungan Raya Markas Tentera Darat Malaysia (TDM), berkata Muhammad Syafiq berjaya menjejaki tanda panduan laluan rintis pencarian yang sengaja dibuat di sekitar lokasi pencarian sehingga beliau berjaya menemui lokasi Forward Operating Base (FOB) Tim A.

"Beliau ditemui dalam keadaan selamat lengkap bersama peralatan dan senjata, namun lemah akibat kelaparan dan dehidrasi.

"Beliau seterusnya diberikan rawatan awal oleh pasukan perubatan di lokasi untuk pemeriksaan lanjut," katanya dalam kenyataan semalam.







Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-10-2024 10:04 AM GMT+8 , Processed in 0.306264 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list