CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 30240|Reply: 0

[Kedah] 'Jangan korban jati diri sebagai muslim kerana kuasa, pangkat, populariti' - Sultan Kedah

[Copy link]
Post time 7-7-2024 01:08 PM | Show all posts |Read mode
'Jangan korban jati diri sebagai muslim kerana kuasa, pangkat, populariti' - Sultan Kedah


Oleh Noorazura Abdul Rahman - Julai 7, 2024 @ 12:16pm [email protected]





Sultan Kedah, Al-Aminul Karim Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah. - Foto BERNAMA





ALOR SETAR: Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah mengingatkan umat Islam jangan mengorbankan jati diri sebagai seorang muslim semata-mata inginkan kuasa, kekayaan harta benda, pangkat dan populariti.

Titah baginda, ini kerana semuanya itu hanya bersifat sementara dan tidak akan kekal lama.

"Tetapi hendaklah mengutamakan persaudaraan, integriti, kualiti insan dan keberkatan dalam segala tindak tanduk yang kita laksanakan.

"Janganlah kerana tamakkan pencapaian dan kemajuan duniawi serta mahu melihat kejayaan secara drastik, kita sanggup korbankan kehendak agama dan musnahkan nilai kemanusiaan dengan melakukan fasid (kerosakan) di atas muka bumi Allah ini," titah baginda.

Baginda bertitah demikian sempena Majlis Perhimpunan Maal Hijrah Peringkat Negeri Kedah di sini, hari ini.

Sultan Sallehuddin bertitah, umat Islam pada hari ini juga perlu dibangunkan dengan asas-asas kerohanian yang kukuh supaya mereka tidak mudah terpengaruh dengan persekitaran dan himpitan hawa nafsu.

Titahnya, umat Islam yang lemah dari segi kerohanian akan menyebabkan berlakunya kepincangan dalam pelbagai perkara seperti krisis moral akhlak, keruntuhan institusi keluarga dan masyarakat.

"Justeru bagi memastikan kedudukan umat Islam terjamin, maka perlu bagi kita mengatur segala urusan kehidupan berdasarkan prinsip yang digariskan oleh syarak disamping kita perlu memperkasakan institusi Islam seperti masjid dan surau.

"Perpaduan adalah asas paling utama bagi memakmurkan diri, masyarakat dan negara.

Sejarah kemanusiaan menyaksikan jatuh bangunnya sesebuah bangsa, bergantung kepada kekuatan rohani bukannya fizikal.

"Penghijrahan Rasulullah juga berhasil menukar permusuhan kepada penyatuan kejahilan kepada ilmu serta kemunduran kepada pelbagai limpahan kemajuan," titah baginda.

Baginda turut meminta umat Islam menjauhi diri dari menimbulkan bibit-bibit perpecahan yang ternyata amat merugikan.

"Jangan sampai orang bukan Islam terus mentertawakan kita malah mengambil kesempatan merendahkan martabat Islam atas kelemahan yang kita sendiri 'cipta', ikutilah panduan yang diajar oleh baginda Rasulullah SAW dalam peristiwa hijrah," titahnya.

Baginda bertitah sejarah telah membuktikan bahawa kejayaan bukan datang bergolek tanpa ada usaha yang berterusan dan memerlukan pelbagai pengorbanan.

"Penghijrahan juga perlu berlaku secara beransur-ansur dengan harapan membuahkan hasil akhirnya. Paling penting, jaga ibadah kita kepada Allah diikuti hubungan sesama manusia," titah baginda.







Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-1-2025 05:17 PM GMT+8 , Processed in 0.047871 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list