CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8347|Reply: 0

[Pulau Pinang] Dua kertas siasatan dibuka sepanjang 12 hari kempen PRK Sungai Bakap

[Copy link]
Post time 3-7-2024 11:50 AM | Show all posts |Read mode
Dua kertas siasatan dibuka sepanjang 12 hari kempen PRK Sungai Bakap


Nur Izzati Mohamad[email protected]




PERANG bendera antara Pakatan Harapan (PH) dan Perikatan Nasional (PN) menghiasi jalan sempena kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri Sungai Bakap ketika tinjauan di Sungai Jawi. FOTO Danial Saad





Nibong Tebal: Polis Pulau Pinang membuka dua kertas siasatan sepanjang 12 hari tempoh kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap.

Ketua Polis negeri, Datuk Hamzah Ahmad, berkata ia membabitkan kesalahan merosakkan bahan kempen dan mengedarkan risalah yang menyalahi undang-undang.

Menurutnya kedua-kedua kesalahan itu disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan dan Seksyen 4A Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.

"(Kini), berbaki tiga hari menjelang hari mengundi, Sabtu ini, polis menasihatkan semua pihak supaya tidak menimbulkan provokasi semasa berkempen, termasuk (melakukan perbuatan) khianat atau merosakkan bahan kempen" katanya dalam kenyataan, di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Hamzah berkata, semua pihak juga dinasihatkan sekali lagi supaya tidak memainkan isu Raja, Agama dan Kaum (3R) sepanjang tempoh berkempen.

"Ini kerana polis sentiasa memantau aktiviti di media sosial bagi mengesan sebarang penyebaran berita palsu, fitnah atau hasutan yang boleh mengganggu ketenteraman awam.

"Tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana parti politik atau individu yang melanggar undang-undang dan peraturan yang sedang berkuat kuasa," katanya.

Sementara itu, Hamzah berkata, secara keseluruhannya polis telah meluluskan 135 permit sepanjang tempoh kempen bermula 22 Jun lalu.

"Kesemua permit itu telah diluluskan oleh Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan Superintendan Chong Boo Khim dan tidak ada satu pun permohonan yang ditolak," katanya.

PRK DUN Sungai Bakap menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara calon Pakatan Harapan (PH) Dr Joohari Ariffin dan calon Perikatan Nasional (PN) Abidin Ismail.



Disiarkan pada: Julai 3, 2024 @ 11:38am






Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Syamsul dan Ira sah bercerai talak 1
Glass_shoesSyamsul dan Ira sah bercerai talak 1
Views : 39193 Replies : 614
Tyra
aaanf14Tyra
Views : 41132 Replies : 317
PRK Mahkota, UMNO letak calon muda
maklukpenggodaPRK Mahkota, UMNO letak calon muda
Views : 18369 Replies : 1
Cikki hampir diperkosa di rumah urut akhirnya berjaya dekk....kau mampooo?
ModngengadeCikki hampir diperkosa di rumah urut akh
Views : 53184 Replies : 20
Jom Kongsi Gambar
VellfireJom Kongsi Gambar
Views : 8325 Replies : 87
[tvN/Netflix] Love Next Door - Jung Hae In, Jung So Min (Mulai 17 Aug 2024)
xyla73[tvN/Netflix] Love Next Door - Jung Hae
Views : 26403 Replies : 99
Tiada gambar kampus di OZ, Shuhada sahkan sambung belajar di kolej swasta bukan universiti (UPDATE)
JoyahMengayahTiada gambar kampus di OZ, Shuhada sahka
Views : 119511 Replies : 3324
Sandra Lim - dinobatkan juara Miss Universe Malaysia 2024
follesegalSandra Lim - dinobatkan juara Miss Unive
Views : 21139 Replies : 33
Kanak2 hilang....
ModngengadeKanak2 hilang....
Views : 20770 Replies : 1
Mari Tepek Gif Picture V.7
tariMari Tepek Gif Picture V.7
Views : 97375 Replies : 5148

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-9-2024 09:27 AM GMT+8 , Processed in 0.166923 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list