CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6605|Reply: 0

[Pulau Pinang] PRK Sungai Bakap: Pusat media dibuka sehingga hari pengundian

[Copy link]
Post time 2-7-2024 04:47 PM | Show all posts |Read mode
PRK Sungai Bakap: Pusat media dibuka sehingga hari pengundian

OlehSITI ZUBAIDAH ZAKARAYA

02 Julai 2024 04:04pm




Antara pengamal media yang bertugas sempena Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Sungai Bakap, di Pusat Media Kompleks Rakan Muda Seberang Perai Selatan.





SUNGAI BAKAP - Pusat Media Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap di Kompleks Rakan Muda Jawi, dibuka sehingga 9 malam 6 Julai nanti.

Pengarah Jabatan Penerangan Pulau Pinang, Hasmiza Hussin berkata, pusat media yang dibuka bawah Kementerian Komunikasi dengan kerjasama Jabatan Penerangan Malaysia (Japen) bermula hari penamaan calon, 22 Jun lalu sehingga hari pengundian, Sabtu ini.



Menurutnya, ia beroperasi bermula jam 9 pagi hingga 9 malam bertujuan memberi kemudahan kepada pengamal media menjalankan tugasan lapangan dengan lebih selesa dan kondusif.

"Pusat media kali ini juga mendapat sokongan penuh daripada Kementerian Belia dan Sukan serta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM)," katanya.

Beliau berkata demikian ketika meninjau pengoperasian pusat media tersebut di Kompleks Rakan Muda Seberang Perai Selatan, pada Selasa.

"Ia boleh memuatkan seramai 40 orang petugas media secara serentak dengan capaian internet berkelajuan tinggi iaitu 800Mbps yang membolehkan tugasan laporan berjalan lancar.

"Tidak hanya menyediakan kelengkapan dan peralatan yang diperlukan, petugas media juga disediakan makanan dan minuman ringan selain petugas kementerian atau jabatan yang mesra membantu rakan media mendapatkan maklumat di lapangan," katanya.



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-10-2024 01:05 PM GMT+8 , Processed in 0.239412 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list