CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 13332|Reply: 0

[Pulau Pinang] PRK Sungai Bakap: Lagi 20 permit diluluskan hari ini

[Copy link]
Post time 30-6-2024 07:43 PM | Show all posts |Read mode
PRK Sungai Bakap: Lagi 20 permit diluluskan hari ini


Oleh BERNAMA - Jun 30, 2024 @ 4:53pm





Suasana meriah dapat dilihat dengan bendera parti PH dan PN yang bertanding memasang bendera di sekitar Sungai Kechil sempena PRK N.20 Sungai Bakap. - Foto fail BERNAMA




NIBONG TEBAL: Polis Pulau Pinang telah meluluskan sebanyak 20 permit kempen bergerak, ceramah dan tinjauan mesra bagi parti politik yang bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap pada hari kesembilan kempen hari ini.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Hamzah Ahmad, berkata secara keseluruhan, sebanyak 81 permit telah diluluskan sejak hari pertama kempen pada 22 Jun lepas dan tiada permit yang ditolak.

"Berbaki enam hari lagi tempoh berkempen sebelum menjelang hari mengundi pada 6 Julai nanti, polis menasihatkan semua orang agar tidak menimbulkan provokasi kepada mana-mana pihak semasa berkempen termasuk khianat atau merosakkan bahan kempen pilihan raya.

"Pihak polis akan mengambil tindakan tegas kepada mana-mana parti politik atau individu yang melanggar undang-undang serta peraturan yang sedang berkuat kuasa," katanya dalam kenyataan hari ini.

PRK DUN Sungai Bakap pada 6 Julai ini menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara calon Pakatan Harapan Dr Joohari Ariffin dan calon Perikatan Nasional Abidin Ismail, yang diadakan susulan kematian penyandangnya Nor Zamri Latiff pada 24 Mei lepas akibat keradangan dalam perut.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tempoh berkempen 14 hari bermula selepas pengisytiharan calon bertanding Sabtu lepas hingga 11.59 malam, 5 Julai. – BERNAMA







Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-10-2024 01:32 PM GMT+8 , Processed in 0.053131 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list