CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 28795|Reply: 0

[Kedah] 15 rumah penduduk dan Madrasah As Solihin dinaiki air akibat banjir kilat

[Copy link]
Post time 30-6-2024 12:37 AM | Show all posts |Read mode
15 rumah penduduk dan Madrasah As Solihin dinaiki air akibat banjir kilat


Oleh Zuliaty Zulkiffli - Jun 29, 2024 @ 11:28pm [email protected]





Anggota BBP Sik melakukan pemantauan di kawasan rumah penduduk yang terjejas akibat banjir kilat di Belakang Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Ampang Muda, Belantik.- Foto NSTP/Ihsan Bomba





SIK: Kira-kira 15 rumah penduduk dan sebuah Madrasah As Solihin di Belakang Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Ampang Muda, Belantik, di sini terjejas akibat banjir kilat, hari ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sik, Penolong Penguasa Bomba, Zulkhairi Mat Tanjil, berkata pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian itu pada jam 8.42 malam tadi.

Beliau berkata, daripada jumlah rumah yang terjejas, hanya lapan keluarga berada dalam rumah manakala sebahagian lagi sedang bercuti berikutan cuti umum esok.

"Di Madrasah As Solihin, terdapat lapan pelajar lelaki dan empat perempuan serta dua kakitangan berada di situ manakala pelajar lain sedang bercuti.

"Banjir kilat melanda malam ini disebabkan hujan lebat berterusan selama dua jam menyebabkan air Sungai Capar, Belantik Dalam melimpah," katanya ketika dihubungi hari ini.

Zulkhairi yang mengetuai operasi itu bersama tujuh anggota BBP Sik berkata, Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah yang menerima panggilan berhubung kejadian itu kemudian mengarahkan pihaknya di BBP Sik segera ke lokasi kejadian.

Beliau berkata, setibanya di lokasi, didapati 15 rumah kediaman dan Madrasah As Solihin itu terjejas dinaiki air akibat limpahan Sungai Capar.

"Tindakan operasi melakukan pemantauan di sekitar lokasi banjir dan mendapati paras air semakin menurun.

"Tiada pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di daerah ini setakat ini.

"Bagaimanapun, pihak kami menasihatkan penduduk di kawasan yang terjejas supaya memaklumkan kepada pasukan penyelamat sekiranya kediaman mereka dinaiki air," katanya.

Zulkhairi berkata, keadaan terkawal pada jam 9.27 malam.







Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Syamsul dan Ira sah bercerai talak 1
Glass_shoesSyamsul dan Ira sah bercerai talak 1
Views : 39193 Replies : 614
Tyra
aaanf14Tyra
Views : 41132 Replies : 317
PRK Mahkota, UMNO letak calon muda
maklukpenggodaPRK Mahkota, UMNO letak calon muda
Views : 18369 Replies : 1
Cikki hampir diperkosa di rumah urut akhirnya berjaya dekk....kau mampooo?
ModngengadeCikki hampir diperkosa di rumah urut akh
Views : 53184 Replies : 20
Jom Kongsi Gambar
VellfireJom Kongsi Gambar
Views : 8325 Replies : 87
[tvN/Netflix] Love Next Door - Jung Hae In, Jung So Min (Mulai 17 Aug 2024)
xyla73[tvN/Netflix] Love Next Door - Jung Hae
Views : 26403 Replies : 99
Tiada gambar kampus di OZ, Shuhada sahkan sambung belajar di kolej swasta bukan universiti (UPDATE)
JoyahMengayahTiada gambar kampus di OZ, Shuhada sahka
Views : 119511 Replies : 3324
Sandra Lim - dinobatkan juara Miss Universe Malaysia 2024
follesegalSandra Lim - dinobatkan juara Miss Unive
Views : 21139 Replies : 33
Kanak2 hilang....
ModngengadeKanak2 hilang....
Views : 20770 Replies : 1
Mari Tepek Gif Picture V.7
tariMari Tepek Gif Picture V.7
Views : 97375 Replies : 5148

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-9-2024 09:18 AM GMT+8 , Processed in 0.034996 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list