CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 15370|Reply: 0

[Pulau Pinang] Kos sara hidup isu global, kerajaan berusaha tangani - Rafizi

[Copy link]
Post time 29-6-2024 08:01 PM | Show all posts |Read mode
Kos sara hidup isu global, kerajaan berusaha tangani - Rafizi

OlehWAN MOHD NOOR HAFIZ WAN MANSOR

29 Jun 2024 06:40pm








Rafizi (tiga dari kiri) semasa turun meninjau kempen sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Bakap pada Sabtu.




SUNGAI BAKAP - Kerajaan Perpaduan sentiasa berusaha untuk menangani kos sara hidup melalui beberapa kaedah, antaranya memberi tumpuan kepada soal gaji dan mengawal kadar inflasi agar harga barang tidak meningkat.

Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli berkata, isu itu bukan sahaja di hadapi di negara ini, sebaliknya ia merupakan isu global dan memerlukan masa untuk difahami oleh seluruh rakyat.



Bagaimanapun, beliau percaya pada akhirnya rakyat akan menghargai tindakan yang telah diambil oleh Kerajaan Persekutuan pada hari ini bahawa negara berada pada landasan yang betul untuk menangani cabaran kos sara hidup.

“Fokus Kerajaan Madani (kini) kepada kenaikan gaji di peringkat kakitangan awam yang diumumkan oleh Perdana Menteri, akan datang di peringkat swasta. Kita telah memulakan projek rintis gaji progresif yang akan diskalakan lagi dalam tahun-tahun akan datang.

“Jadi memang sebenarnya secara ilmiah, saya ingat semua rakyat sedia maklum kos sara hidup ini adalah satu perkara global yang perlu ditangani tetapi sehinggalah dasar-dasar (kerajaan) ini mula mendatangkan kesan kepada poket rakyat,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar di Pusat Gerakan Utama Pakatan Harapan semasa turun meninjau kempen sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Bakap, di sini pada Sabtu.

Hadir sama, calon Pakatan Harapan bagi kerusi N20 PRK DUN Sungai Bakap, Dr Joohari Ariffin.

Rafizi yang juga Timbalan Presiden PKR berkata, beberapa perkara pokok sedang dilaksanakan oleh kerajaan bagi membina keupayaan dan mengalihkan sumber negara untuk menambah pendapatan rakyat.




"Isu kos sara hidup ini juga turut berlaku di negara besar dan maju seperti Amerika Syarikat, United Kingdom, Perancis dan China.

“Fenomena (kos sara hidup berlaku) selepas Covid. Dunia masih lagi mencari rentak untuk mengimbangkan kesan-kesan kepada ekonomi selepas Covid,”ujarnya.

Sementara itu, mengulas mengenai masalah lalat yang telah menghantui penduduk Sungai Bakap sejak sekian lama, Rafizi berkata, perkara tersebut perlu diberikan perhatian oleh kerajaan Pulau Pinang.

Menurutnya, Exco Agroteknologi, Keterjaminan Makanan dan Pembangunan Koperasi Pulau Pinang, Fahmi Zainol diminta memberikan perhatian serius kepada masalah lalat yang telah menjejaskan kehidupan harian penduduk.

“Exco Fahmi Zainol memang telah diberikan tugas untuk menyelesaikan masalah lalat. Jadi selepas ini saya jumpa dia tanya pasal lalat, selagi tidak selesai masalah ini, saya akan kejar beliau sehingga selesai masalah ini,” katanya lagi.



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Syamsul dan Ira sah bercerai talak 1
Glass_shoesSyamsul dan Ira sah bercerai talak 1
Views : 39193 Replies : 614
Tyra
aaanf14Tyra
Views : 41132 Replies : 317
PRK Mahkota, UMNO letak calon muda
maklukpenggodaPRK Mahkota, UMNO letak calon muda
Views : 18369 Replies : 1
Cikki hampir diperkosa di rumah urut akhirnya berjaya dekk....kau mampooo?
ModngengadeCikki hampir diperkosa di rumah urut akh
Views : 53184 Replies : 20
Jom Kongsi Gambar
VellfireJom Kongsi Gambar
Views : 8325 Replies : 87
[tvN/Netflix] Love Next Door - Jung Hae In, Jung So Min (Mulai 17 Aug 2024)
xyla73[tvN/Netflix] Love Next Door - Jung Hae
Views : 26403 Replies : 99
Tiada gambar kampus di OZ, Shuhada sahkan sambung belajar di kolej swasta bukan universiti (UPDATE)
JoyahMengayahTiada gambar kampus di OZ, Shuhada sahka
Views : 119511 Replies : 3324
Sandra Lim - dinobatkan juara Miss Universe Malaysia 2024
follesegalSandra Lim - dinobatkan juara Miss Unive
Views : 21139 Replies : 33
Kanak2 hilang....
ModngengadeKanak2 hilang....
Views : 20770 Replies : 1
Mari Tepek Gif Picture V.7
tariMari Tepek Gif Picture V.7
Views : 97375 Replies : 5148

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-9-2024 09:26 AM GMT+8 , Processed in 0.104205 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list