CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 8532|Reply: 0

[Terengganu] Tapak pembinaan simpan diesel tanpa permit diserbu

[Copy link]
Post time 6-6-2024 10:38 AM | Show all posts |Read mode

Foto hiasan

BANDAR PERMAISURI: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) merampas 4,000 liter diesel yang disyaki bersubsidi dianggarkan bernilai RM12,000 dalam satu serbuan di sebuah tapak projek pembinaan di Kampung Langkap di sini, semalam.

Pengarah KPDN Terengganu, Saharuddin Mohd Kia, berkata serbuan menerusi Ops Tiris 3.0 pada 11 pagi itu dilaksanakan oleh empat anggota penguat kuasa KPDN Cawangan Besut selepas risikan selama dua minggu.

"Ketika pemeriksaan dijalankan pasukan kita berjaya menemukan sebuah tangki simpanan berisi minyak diesel dengan anggaran 4,000 liter yang dipercayai untuk kegunaan jentera berat.

"Pemeriksaan lanjut mendapati pihak syarikat pembinaan itu gagal mengemukakan sebarang permit atau surat kebenaran daripada Pengawal Bekalan KPDN untuk menyimpan minyak diesel di lokasi berkenaan," katanya dalam kenyataan hari ini.


Sehubungan itu, beliau berkata satu kertas siasatan dibuka di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961.

Saharuddin berkata KPDN memberi amaran keras kepada semua pihak agar tidak sesekali melakukan kesalahan seumpama itu kerana boleh dikenakan hukuman denda sehingga RM5 juta.

Mana-mana individu yang melakukan kesalahan boleh dikenakan tindakan di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 (Akta 122) dan jika disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM1 juta manakala bagi kesalahan berikutnya tidak melebihi RM3 juta bagi orang perseorangan atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali.

Sementara, bagi syarikat sekiranya sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM2 juta manakala untuk kesalahan berikutnya tidak melebihi RM5 juta.
https://www.bharian.com.my/berit ... anpa-permit-diserbu

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Koleksi Juadah Hari Raya
GigihadidntKoleksi Juadah Hari Raya
Views : 45210 Replies : 2
Salam RAMADAN MUBARAK 1447 Hijriyyah
telracsSalam RAMADAN MUBARAK 1447 Hijriyyah
Views : 11651 Replies : 38
...BICARA KEMANUSIAAN...
seribulan...BICARA KEMANUSIAAN...
Views : 44600 Replies : 669
Gen Z : "Doktor, Kemaluan Saya Keluar Cecair Macam Nanah." [ Ibu Mahu Saman Doktor! ]
^CUN_GILA~.Gen Z : "Doktor, Kemaluan Saya Keluar Ce
Views : 20227 Replies : 20
Himpunan kisah seram dari Twitter - Latest: Mangsa kemalangan muncul dalam gambar?
stania83Himpunan kisah seram dari Twitter - Late
Views : 342290 Replies : 80
Apa Pelaris Yang Dia Pakai? (Siri 1)
borneApa Pelaris Yang Dia Pakai? (Siri 1)
Views : 1310 Replies : 1
Hotel-Hotel & Homestay Berhantu
NBMHotel-Hotel & Homestay Berhantu
Views : 1125976 Replies : 796
KOLEKSI VIDEO: Diperkosa Makhluk Halus Ketika Tidur
salivKOLEKSI VIDEO: Diperkosa Makhluk Halus K
Views : 33639 Replies : 4
BERSATU pecat Hamzah Zainuddin
ultra78BERSATU pecat Hamzah Zainuddin
Views : 15853 Replies : 10
Edisi Luahan Warga Threads:Kecoh di Threads, penonton kecam sistem bunyi Konsert Majlis Tertinggi Rockqueen Ella... “Macam pembesar suara sekolah”
Skyline_84Edisi Luahan Warga Threads:Kecoh di Thre
Views : 19592 Replies : 24

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-2-2026 06:11 AM GMT+8 , Processed in 1.004545 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list