CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1106|Reply: 0

[Jenayah] Tunggu laporan forensik bomba

  [Copy link]
Post time 12-5-2024 10:41 AM | Show all posts |Read mode
Sebanyak 26 buah motosikal milik penuntut Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) musnah dalam satu kebakaran awal pagi ini. -Foto NSTP/AIZAT SHARIF





ARAU: Masih terlalu awal mengaitkan kejadian kebakaran 26 motosikal di asrama lelaki Blok B, Kompleks Perumahan (Kolej Kediaman) Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) Pauh Putra, di sini awal pagi ini dengan unsur khianat.

Ketua Polis Daerah Arau, Superintendan Ahmad Mohsin Md Rodi berkata, pihaknya juga masih menunggu laporan berhubung kejadian itu daripada pasukan forensik bomba dari Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Perlis berhubung kejadian itu.

"Buat masa ini, kita masih menunggu laporan daripada pihak forensik kebakaran JBPM Perlis, jadi kita tidak boleh berspekulasi untuk menentukan punca kebakaran mahupun motif khianat sebagai sebahagian daripada punca kejadian itu terjadi.

"Pelbagai kemungkinan yang harus diambil kira termasuklah berkemungkinan kerosakan teknikal daripada motosikal itu sendiri yang mencetuskan api sehingga berlaku kebakaran jadi terlalu banyak kemungkinan

"Malah, kawasan asrama mempunyai pengawal keselamatan yang tidak mudah untuk orang luar memasuki asrama berkenaan tanpa sebarang urusan munasabah," katanya ketika dihubungi.

Ahmad Mohsin berharap orang ramai tidak berspekulasi dengan punca dan penyebab kejadian kebakaran berkenaan selagi bukti dan laopran konkrit daripada pihak bomba.

Awal pagi ini, sebanyak 26 buah motosikal milik penuntut UniMAP yang diletakkan di parkir asrama lelaki itu musnah dalam satu kebakaran.

Kejadian yang dipercayai berlaku sekitar jam 4.41 pagi di Blok B, Kompleks Perumahan (Kolej Kediaman) Pauh Putra turut merosakkan 10 buah motosikal penuntut yang mendiami asrama berkenaan.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-6-2024 02:30 PM GMT+8 , Processed in 0.051590 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list