CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 9202|Reply: 0

[Pahang] Pahang peruntuk RM2.734 juta selaku tuan rumah MTHQK 2024

[Copy link]
Post time 11-5-2024 05:05 PM | Show all posts |Read mode

DATUK Seri Wan Rosdy Wan Ismail (empat dari kanan) dan Datuk Dr. Mohd Na'im Mokhtar (tiga dari kanan) ketika menyempurnakan gimik pra pelancaran MTHQK 2024 di Kuantan hari ini.

KUANTAN – Kerajaan Pahang memperuntukkan keseluruhan kos bernilai RM2.734 juta selaku tuan rumah Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran Peringkat Kebangsaan Tahun 1445H/2024M (MTHQK 2024) yang akan diadakan di Auditorium Darul Makmur, Kompleks Penyiaran Sultan Haji Ahmad Shah, di sini pada 23 Mei hingga 28 Mei nanti.

Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, peruntukan terbabit termasuk ‘duit poket’ RM1,000 kepada setiap peserta dengan jumlah keseluruhan sebanyak RM110,000.

Katanya, kerajaan negeri bermurah hati menghulurkan duit poket berkenaan bagi membantu perbelanjaan peserta sepanjang pertandingan berlangsung.

“Apabila peserta yang datang ke Pahang mereka ada duit poket, duit makan dan sebagainya sebagai tambahan perbelanjaan mereka ketika berada di sini.

“Dan yang paling pentingnya ia adalah sebagai tanda ingatan tulus ikhlas kerajaan negeri untuk kesemua peserta,” katanya dalam sidang media bersempena Majlis Pra Pelancaran MTHQK 2024 yang diadakan di Hotel SwissBel, di sini hari ini.

Wan Rosdy juga memberitahu, selain sumbangan kerajaan negeri, Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) turut bermurah hati menyumbang jongkong emas seberat 5 gram kepada semua pemenang tilawah dan hafazan al-Quran dengan setiap jongkong emas terbabit dianggarkan bernilai sekitar RM2,000. – KOSMO! ONLINE

https://www.kosmo.com.my/2024/05 ... n-rumah-mthqk-2024/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-2-2026 02:56 PM GMT+8 , Processed in 0.230456 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list