CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 18096|Reply: 0

TDM akan usul batal kontrak sewaan Black Hawk

[Copy link]
Post time 11-5-2024 03:37 PM | Show all posts |Read mode

Panglima Tentera Darat Jeneral Tan Sri Muhammad Hafizuddeain Jantan memeriksa perbarisan pada Perbarisan Tamat Latihan Perajurit Muda Lelaki Siri 199/23 di Padang Kawad Pusat Latihan Asas Tentera Darat (PUSASDA), hari ini. FOTO BERNAMA

Port Dickson: Tentera Darat Malaysia (TDM) akan mengusulkan pembatalan kontrak sewaan helikopter Black Hawk TDM kepada Kementerian Pertahanan ekoran kelewatan penghantaran pertama helikopter berkenaan.

Panglima Tentera Darat Jeneral Tan Sri Muhammad Hafizuddeain Jantan berkata TDM amat memerlukan keupayaan aset itu bagi melancarkan tugas operasi serta latihan anggota namun pihak kontraktor masih gagal memenuhi janji yang dimeterai.

"TDM amat memerlukan keupayaan Black Hawk dan kontrak perolehan atau sewaan aset ini akan banyak membantu kita dalam tugas operasi dan latihan namun sehingga kini mereka masih gagal (penghantaran aset).

"Sekiranya pada Mei ini mereka masih gagal memenuhi obligasi ini maka TDM mengambil tindakan tegas iaitu mengusulkan kepada kementerian supaya kontrak sewaan Black Hawk ini dibatalkan, jadi kita boleh ambil langkah seterusnya ia keperluan mendesak dan kami tegas dengan keputusan kami," katanya.


Beliau berkata demikian selepas menghadiri Acara Perbarisan Tamat Latihan Perajurit Muda Lelaki Siri 199/2023 membabitkan 1,498 anggota di Pusat Latihan Asas Tentera Darat (Pusasda) di sini hari ini.

Pada 16 April lalu, Muhammad Hafizuddeain dilapor berkata TDM akan mengambil tindakan susulan sekiranya kontraktor yang dilantik masih gagal membuat penghantaran pertama helikopter Black Hawk yang sepatutnya pada hujung bulan lalu.

Beliau amat berharap kontraktor berkenaan dapat membuat penghantaran peringkat pertama membabitkan sebuah daripada empat helikopter jenis Sikorsky UH-60A+ Black Hawk yang disewakan untuk kegunaan Pasukan Udara Tentera Darat itu.

Mengulas mengenai program hari ini, Muhammad Hafizuddeain berkata TDM memerlukan lebih ramai calon perajurit muda yang mempunyai kemahiran teknikal dan teknologi bagi memperkukuh kekuatan pasukan tentera.

"Sekarang kita sudah menuju ke era teknologi dan Kecerdasan Buatan (AI), kita memerlukan perajurit muda yang berkemahiran atau berpengetahuan teknikal berkaitan peralatan digunakan.

"Namun ada juga kerisauan dalam siri pemilihan, terdapat calon terpaksa ditolak kerana didapati mereka gagal memenuhi syarat asas iaitu dari segi akademik dan saringan kesihatan," katanya.

Dalam ucapannya beliau berkata profesion tentera memerlukan kemantapan rohani, mental serta sikap kepatuhan berintegriti kepada disiplin dan peraturan.

"TDM tidak sesekali berkompromi dengan sebarang salah laku membabit pegawai mahupun anggotanya yang ingkar. Sesungguhnya perkhidmatan disanjung tinggi oleh masyarakat ini perlu terus lestari terpelihara dan dijaga dengan sebaiknya," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... k-sewaan-black-hawk
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Pencinta WordPress | Senarai2 Terpopular WordPress Page Builder PERCUMA
vectorismPencinta WordPress | Senarai2 Terpopular
Views : 19673 Replies : 3
Koleksi Juadah Hari Raya
GigihadidntKoleksi Juadah Hari Raya
Views : 45210 Replies : 2
Salam RAMADAN MUBARAK 1447 Hijriyyah
telracsSalam RAMADAN MUBARAK 1447 Hijriyyah
Views : 13167 Replies : 38
...BICARA KEMANUSIAAN...
seribulan...BICARA KEMANUSIAAN...
Views : 44600 Replies : 669
Gen Z : "Doktor, Kemaluan Saya Keluar Cecair Macam Nanah." [ Ibu Mahu Saman Doktor! ]
^CUN_GILA~.Gen Z : "Doktor, Kemaluan Saya Keluar Ce
Views : 20227 Replies : 20
Himpunan kisah seram dari Twitter - Latest: Mangsa kemalangan muncul dalam gambar?
stania83Himpunan kisah seram dari Twitter - Late
Views : 342290 Replies : 80
Apa Pelaris Yang Dia Pakai? (Siri 1)
borneApa Pelaris Yang Dia Pakai? (Siri 1)
Views : 1310 Replies : 1
Hotel-Hotel & Homestay Berhantu
NBMHotel-Hotel & Homestay Berhantu
Views : 1126077 Replies : 796
KOLEKSI VIDEO: Diperkosa Makhluk Halus Ketika Tidur
salivKOLEKSI VIDEO: Diperkosa Makhluk Halus K
Views : 33639 Replies : 4
BERSATU pecat Hamzah Zainuddin
ultra78BERSATU pecat Hamzah Zainuddin
Views : 15853 Replies : 10

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-2-2026 11:13 AM GMT+8 , Processed in 0.393697 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list