CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3470|Reply: 2

[Tempatan] Perlawanan batal, Piala Sumbangsih milik JDT

[Copy link]
Post time 9-5-2024 04:01 PM | Show all posts |Read mode
Perlawanan batal, Piala Sumbangsih milik JDT

https://www.freemalaysiatoday.co ... mbangsih-milik-jdt/

FMT Reporters
09 May 2024, 03:20 PM


Perlawanan Piala Sumbangsih antara JDT dan Selangor FC dijadualkan di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri, esok dibatalkan. (Gambar Stadiumdb.com)

Liga Bolasepak Malaysia berkata perlawanan itu dibatalkan selepas Selangor FC membuat keputusan untuk tidak hadir.

PETALING JAYA: Liga Bolasepak Malaysia (MFL) memberi kemenangan ‘walkover’ kepada Johor Darul Ta’zim (JDT) bagi perlawanan Piala Sumbangsih selepas Selangor FC mengumumkan untuk tidak hadir ke Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri, esok.

Dalam kenyataan, MFL berkata perlawanan itu terpaksa dibatalkan selepas Selangor FC menghantar surat rasmi untuk tidak hadir menentang JDT.

“Keputusan itu sekali gus menyaksikan JDT bakal diberi kemenangan ‘walkover’ dengan jaringan 3-0 dan mendapat tiga mata bagi perlawanan Liga Super.

“Perkara lain berkait penarikan diri itu akan dibawa ke peringkat ahli lembaga pengarah MFL bagi tindakan selanjutnya,” katanya.

Semalam, Selangor FC memutuskan ‘tidak akan hadir’ dalam perlawanan menentang JDT itu selepas MFL menolak permohonan mereka menunda tarikh asal perlawanan atas alasan ‘faktor keselamatan’.

Selangor FC berkata, keputusan itu dibuat selepas penelitian dan perbincangan terperinci mengambil kira insiden jenayah serta ancaman yang baru berlaku melibatkan beberapa pemain dan pegawai pasukan dalam tempoh 72 jam.

Permohonan Selangor FC itu susulan insiden malang menimpa pemain sayap Faisal Halim yang cedera disimbah asid dalam kejadian di sebuah pusat beli-belah di Kota Damansara, Ahad lalu.

Keputusan itu turut disokong Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah dan baginda berkata Selangor FC sedia berdepan sebarang tindakan susulan keputusan menarik diri.

Faisal, 26, disahkan mengalami kelecuran tahap empat, selain pergerakan dan percakapannya ketika ini turut terbatas berikutan insiden berkenaan.

Ia merupakan kejadian malang kedua menimpa pemain negara selepas Akhyar Rashid apabila pemain pinjaman Terengganu FC itu cedera pada kepala dan kaki selepas diserang dua penyamun di kawasan kediamannya di Kuala Terengganu, Khamis lalu.

Selasa lalu, pemain JDT Safiq Rahim juga diserang dua lelaki bermotosikal, apabila salah seorang suspek menggunakan tukul untuk memecahkan cermin keretanya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-5-2024 05:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Are You Happy Now?-Michelle Branch
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2024 06:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Sultan berjiwa rakyat....pemain sedang bertarung nyawa...mana mungkin sultan mahu letakkan piala sebagai keutamaan.....life goes on...yes...the little we could do as masyarakat to say...."WE FEEL YOU FH....dan keputusan yg kami ambil ini juga utk memberi isyarat WE DONT TOLERATE KEGANASAN IN ALL FORMS
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-5-2024 01:23 PM GMT+8 , Processed in 0.296877 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list