CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4545|Reply: 1

[Tempatan] Bekas menteri undang-undang, Zaid Ibrahim, ragui keberkesanan strategi baru antirasuah Anwar Ibrahim

[Copy link]
Post time 8-5-2024 02:18 PM | Show all posts |Read mode
Zaid ragui keberkesanan strategi baru antirasuah Anwar

https://www.malaysiakini.com/news/704864

Diterbitkan:  May 8, 2024 12:09 PM
Dikemaskini: 12:50 PM



Bekas menteri undang-undang Zaid Ibrahim melahirkan keraguan berhubung keberkesanan Strategi Pembanterasan Rasuah Nasional (NACS) 2024 - 2028 yang dilancarkan Perdana Menteri, Anwar Ibrahim, semalam.

Meluahkan kebimbangannya itu di media sosial, Zaid menyebut tentang keraguannya dengan keupayaan strategi berkenaan memerangi rasuah dengan ketara, berdasarkan pengalaman kerajaan yang lalu.



"Ia mempunyai semua bunyi yang betul seperti kerajaan terdahulu, tetapi kita tahu perkara akan berbeza pada masa depan jika kita tahu bagaimana ini akan dilaksanakan," katanya.

Mengikut pelan baru NACS yang dilancarkan semalam, perdana menteri mendedahkan bahawa rancangan itu akan memberi fokus kepada peningkatan tadbir urus dan integriti dalam pentadbiran perkhidmatan awam, termasuk syarikat berkaitan kerajaan.



Zaid menekankan keperluan untuk tindakan konkrit bagi menyokong retorik meningkatkan integriti dan ketelusan. Katanya, terdapat jurang antara janji dan pelaksanaan.

“Kita boleh jangka tiada rasuah di bawah perdana menteri madani kerana kita mempunyai lebih integriti dan ketelusan dalam pentadbiran kerajaan.

"Bagaimana kita mengukur mereka? Bagaimana proses kelulusan daripada pejabat perdana menteri sekarang berbeza dengan di bawah perdana menteri-perdana menteri Umno?" soalnya.



Memetik perangkaan daripada Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki, yang berkata negara kerugian RM277 bilion antara 2018 dan 2023, Zaid berkata secara purata, negara kerugian hampir RM90 bilion semasa di bawah pemerintahan Mahathir Mohamad, Muhyiddin Yassin dan Ismail Sabri.

Zaid seterusnya mempersoalkan keberkesanan langkah memerangi rasuah, terutamanya jika tiada perubahan besar seperti menyahklasifikasi dokumen kerajaan dan menyediakan akses awam kepada pengisytiharan aset oleh kerabat diraja, menteri dan keluarga mereka.

“Tunjuk saya proses anugerah bilion ringgit yang diberikan di bawah pentadbiran sekarang yang tidak melibatkan pembabitan aktif perdana menteri, kemudian, baru saya percaya keadaan adalah berbeza.

"Jika tidak, maka ini lebih kurang sama dengan tahun-tahun perdana menteri Umno," katanya lagi.



Zaid dalam hantarannya, membayangkan bahawa dia menjangkakan Azam Baki akan kekal sebagai ketua pesuruhjaya SPRM tetapi tidak memberikan butiran lanjut.

“Azam akan dapat hadiah hari jadinya,” katanya.

Semalam, Azam memberitahu media dia tidak mahu membuat sebarang spekulasi berhubung kontrak perkhidmatannya yang dijadualkan berakhir pada 12 Mei ini.

Azam dilantik pada 2020, menggantikan Latheefa Koya.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-5-2024 03:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau tak tau nk ckp apa baik diam je la..

Skrg ni je boleh tgk jerung ramai kena cekup..dulu2 sprm berani tangkap ikan bilis je.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-5-2024 09:52 AM GMT+8 , Processed in 0.525284 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list