CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 996|Reply: 0

[Jenayah] Individu main isu 3R wajar dikenakan tindakan tegas - Ahli akademik

[Copy link]
Post time 4-5-2024 04:41 PM | Show all posts |Read mode
  Individu yang menyentuh isu 3R iaitu raja, agama dan kaum wajar dikenakan tindakan tegas kerana perbuatan tersebut amat serius dan boleh menggugat keharmonian serta perpaduan rakyat negara ini. - Foto hiasan





KUALA LUMPUR: Individu yang menyentuh isu 3R iaitu raja, agama dan kaum wajar dikenakan tindakan tegas kerana perbuatan tersebut amat serius dan boleh menggugat keharmonian serta perpaduan rakyat negara ini, menurut ahli akademik.

Felo Kursi Institusi Raja-Raja Melayu Universiti Teknologi MARA (UiTM), Mujibu Abd Muis, berkata tidak timbul isu pendakwaan kes berkenaan dijadikan sebagai satu 'senjata politik' sebaliknya tindakan undang-undang perlu diambil bagi menjamin kestabilan negara dan menghormati institusi diraja.

Beliau berkata, berdasarkan pemerhatiannya, ramai yang semakin berani mengeluarkan kenyataan sensitif berhubung 3R yang jika tidak dibendung akan mencetuskan perbalahan dalam kalangan masyarakat.

"Mungkin sudah tiba masanya kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memikirkan keperluan untuk mewujudkan akta khusus 3R bagi membendung kenyataan-kenyataan berbaur hasutan yang nampaknya tidak berkesudahan," katanya kepada Bernama.
Mujibu Abd Muis
Mujibu Abd Muis

Dalam pada itu Mujibu berkata, sudah tiba masanya ahli politik di negara ini bersaing secara sihat dan matang tanpa menggunakan isu 3R untuk meraih sokongan.

"Politik adalah saingan idea dan penawaran alternatif bagi memperoleh kesempurnaan bukannya politik secara machiavellian," katanya.

Pensyarah Kanan Jabatan Sains Politik, Pentadbiran Awam dan Pengajian Pembangunan Universiti Malaya, Dr Mohammad Tawfik Yaakub, berkata apabila isu sensitif dimainkan sesetengah pihak, ia boleh melemahkan usaha mewujudkan sebuah negara yang harmoni dalam pelbagai konteks termasuk sosial, politik dan ekonomi.

Beliau berkata, tidak salah untuk mengkritik dasar kerajaan bagi kebaikan rakyat dan membangunkan negara.

Bagaimanapun, katanya hak kebebasan bersuara perlu diterjemahkan setiap pihak dengan cara bermanfaat dan bukannya menimbulkan provokasi dan mengundang perpecahan.

"Perdana Menteri sendiri sering cakap dalam ucapannya bahawa kalau nak menyuarakan apa-apa pandangan boleh cuma jangan menyentuh, menghina, mencerca, memfitnah dan memanipulasikan isu 3R.

"Bagi saya beliau (Anwar) meletakkan kepentingan negara lebih utama berbanding melayan politik tidak matang," katanya. – BERNAMA
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-6-2024 04:23 PM GMT+8 , Processed in 0.481603 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list