|
Russia anggap Islamofobia 'satu bentuk rasisme'
https://www.hmetro.com.my/global ... satu-bentuk-rasisme
Bernama-Anadolu
Disiarkan pada: Mac 14, 2024 @ 3:04pm
MARIA Zakharova. FOTO AFP
Moscow: Russia menganggap Islamofobia "satu bentuk rasisme yang tidak boleh diterima," kata jurucakap Kementerian Luar Russia Maria Zakharova pada Rabu.
Bercakap pada sidang media di Moscow, Zakharova berkata, Russia bersama-sama bersolidariti dengan pendekatan negara Islam dan Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) dalam isu berkenaan.
"Kami menentang diskriminasi dan gangguan terhadap umat Islam atas alasan fahaman agama dan juga untuk memastikan kebebasan beragama berdasarkan penghormatan bukan sahaja kepada individu tetapi juga hak kolektif penganut," katanya, menurut Agensi Anadolu.
Zakharova berikrar sokongan Russia terhadap draf resolusi negara-negara Islam di Perhimpunan Agung PBB bertajuk "Langkah-langkah Memerangi Islamofobia" khusus untuk Hari Antarabangsa Memerangi Islamofobia, yang disambut setiap tahun pada 15 Mac.

Rate
-
1
View Rating Log
-
|