CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2501|Reply: 0

Jerman belum berbincang dengan Klopp

[Copy link]
Post time 10-3-2024 11:22 AM | Show all posts |Read mode

KLOPP mahu berehat setahun selepas tinggalkan Liverpool. -FOTO AFP

Berlin: Pengarah Urusan FA Jerman (DFB) Andreas Rettig berkata mereka "tidak berhubung" dengan jurulatih Liverpool, Jurgen Klopp mengenai urusan mengambil alih pasukan kebangsaan.

Bercakap kepada majalah Jerman Focus, Rettig berkata DFB cuba menghormati hasrat Klopp untuk berehat sebaik sahaja tempoh perkhidmatannya di Liverpool berakhir pada musim panas.

"Tiada sebarang perbincangan berlaku. Dia mahu berehat dahulu. Saya tidak tahu sama ada kami patut memberinya petua bagaimana dia boleh menghabiskan menikmati masa lapangnya."

Dengan kontrak jurulatih Jerman, Julian Nagelsmann akan tamat pada penghujung Euro 2024 yang akan diadakan di Jerman, DFB kini dalam usaha mencari pengganti jangka panjang, dengan Klopp menjadi sasaran utama.



"Dia mahu berehat dan itulah sebabnya ia bukan satu isu," kata Rettig.

Klopp mengejutkan dunia bola sepak pada Januari apabila mengumumkan akan meletakkan jawatan sebagai pengendali Liverpool pada penghujung musim ini dengan alasan keletihan.

Dia dikaitkan dengan beberapa tawaran termasuk mengendalikan pasukan kebangsaan Jerman, namun berulang kali berkata, dia akan mengambil cuti sekurang-kurangnya setahun sebelum kembali melatih.

Pasukan tuan rumah itu kini bergelut dalam persiapan ke Euro, membawa kepada pemecatan Hansi Flick, jurulatih Jerman pertama yang dipecat dalam sejarah persekutuan.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... incang-dengan-klopp
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-1-2025 02:38 PM GMT+8 , Processed in 0.438346 second(s), 10 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list