CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6870|Reply: 0

[Sabah] Robert Tawik kekal jawatan Ketua Bahagian STAR Bingkor tanpa bertanding

[Copy link]
Post time 3-3-2024 07:46 PM | Show all posts |Read mode


ALBUM: Sebahagian perwakilan dan pemerhati merakamkan gambar kenangan bersama selepas Mesyuarat Agung Tri Tahunan STAR Bahagian Bingkor sesi 2024/2027.

KENINGAU: Timbalan Presiden Parti Solidariti Tanah Airku (STAR), Datuk Robert Tawik, mempertahankan jawatan Ketua Bahagian STAR Bingkor selepas menang tanpa bertanding dalam Mesyuarat Agung Tri Tahunan STAR Bahagian Bingkor sesi 2024/2027 yang diadakan pada Jumaat.

Mesyuarat yang dihadiri kira-kira 500 orang perwakilan termasuk pemerhati itu telah dirasmikan oleh Timbalan Presiden STAR, Datuk Ellron Alfred Angin.

Selain itu, Timbalan Ketua Bahagian STAR Bingkor, Robert Paulus dan tiga Naib Ketua Bahagian STAR Bingkor dimenangi Danil Pelangi, Alex Amit dan Tabarou Sumping turut menang tanpa bertanding untuk jawatan masing-masing.

Sementara itu Anggie Khatil; Sarudin Kinsil; Clearence Jokobus; Jailin Lian; Lawrence Melibin; Ambrose Salangkan dan Paul Sitampat juga menang tanpa bertanding bagi jawatan Ahli Jawatankuasa (AJK).

Turut menang tanpa bertanding ialah James Jennedy Bundoi da Denney Amit bagi jawatan juruaudit.


MENANG: Robert Tawik (kanan) meraikan kemenangan beliau mempertahankan jawatan Ketua Bahagian STAR Bingkor.

Semasa ucapan penggulungan Ketua Bahagian, Robert turut mengumumkan pelantikan Junior Fred dan Rezzidin Robert sebagai Setiausaha Bahagian dan Bendahari Bahagian.

"Terima kasih saya ucapkan kepada semua perwakilan diatas kepercayaan yang diberikan untuk menerajui Ketua Bahagian.

"Ini satu tanggungjawab yang besar yang perlu digalas dengan penuh amanah dan berfokus, " katanya.

Beliau turut mengucapkan tahniah kepada semua ahli jawatankuasa yang telah dipilih dan menang tanpa bertanding.

Robert turut mengajak semua ahli STAR supaya terus bersatu dengan menyokong parti dan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) tanpa berbelah bahagi.

"Inilah parti kita yang berfokus perjuangkan hak-hak Sabah yang termaktub dalam perjanjian Malaysia MA63, " katanya.


https://www.utusanborneo.com.my/2024/03/03/robert-tawik-kekal-jawatan-ketua-bahagian-star-bingkor-tanpa-bertanding

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 162621 Replies : 3932
Ketua COVID-19 Di AS Dr. Anthony Fauci  Mengaku Peraturan Penjarakan Sosial 6 kaki ‘Hanya Rekaan, Tanpa Bukti Saintifik’.Anda terpedaya?
YgBenarKetua COVID-19 Di AS Dr. Anthony Fauci
Views : 19733 Replies : 79
Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
fadz84Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
Views : 26465 Replies : 197
di Malaysia menyeronokkan , jiran semuanya baik namun selepas 35 tahun wanita  Rohingya, Amirah Anisah Samad yang dilahirkan dan dibesarkan di Malaysia tekad berhijrah ke AS untuk kehidupan lebih baik
YgBenardi Malaysia menyeronokkan , jiran semuan
Views : 4763 Replies : 69
Edisi tambah tacang: Perang Dingin
Tinot7Edisi tambah tacang: Perang Dingin
Views : 5281 Replies : 41
Mari Tepek Gif Picture V.7
tariMari Tepek Gif Picture V.7
Views : 71690 Replies : 2932
Transfer aset trading?
KogoromouriTransfer aset trading?
Views : 5003 Replies : 4
Tyra
aaanf14Tyra
Views : 4233 Replies : 15
[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah aje, ilmu harian! VOL.7
ipes2[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah
Views : 102603 Replies : 2875
Want to tap into the exciting world of sports betting?
peterkester96Want to tap into the exciting world of s
Views : 4633 Replies : 1

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-6-2024 10:45 AM GMT+8 , Processed in 0.344742 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list