CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 22332|Reply: 0

[Pahang] Empat lelaki tular buat aksi 'Superman' di LPT1 sudah kena tahan

[Copy link]
Post time 28-12-2023 12:37 AM | Show all posts |Read mode
Empat lelaki tular buat aksi 'Superman' di LPT1 sudah kena tahan

27 Disember 2023 11:55pm

Laporan Sinar Harian.



KUANTAN - Tiga pelajar institusi pengajian tinggi dan seorang pelajar sekolah yang disyaki menunggang motosikal dalam keadaan berbahaya di Jambatan Ahmad Shah Lebuhraya Pantai Timur 1 (LPT 1) ditahan hari ini.

Ketua Polis Daerah Temerloh, Asisten Komisioner Mazlan Hassan berkata, pihaknya telah mengesan pemilik motosikal berkenaan dan melakukan tangkapan ke atas kesemua suspek lelaki berusia antara 15 dan 22 tahun itu di rumah masing-masing di sekitar Temerloh dan Maran.



"Kesemua suspek yang menunggang motosikal jenis Yamaha YI5ZR turut mengalami beberapa kecederaan antaranya di bahagian tangan dan kaki," katanya dalam kenyataan malam ini.

Beliau berkata, kesemua mereka dibawa ke Balai Polis Trafik Temerloh bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana menunggang secara melulu dan membahayakan.



Mazlan berkata, pihaknya masih memburu seorang lagi suspek dan orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu diminta menghubungi polis di talian 09-2716222.

Sebelum ini, tular video berdurasi 28 saat mempamerkan aksi berbahaya sekumpulan penunggang motosikal melakukan gaya 'Superman' sehingga menyebabkan berlaku kemalangan di LPT1.

Kejadian itu berlaku pada Ahad lepas dan dirakam sendiri oleh salah seorang penunggang motosikal berkenaan. - Bernama



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 205510 Replies : 4931
Dharma Harun Adik Manja tanggung 2 ekor biawak komodo
PrickfordDharma Harun Adik Manja tanggung 2 ekor
Views : 6260 Replies : 87
Tak perlu nak jadi begitu sempurna duhai wanita
admin6Tak perlu nak jadi begitu sempurna duhai
Views : 7398 Replies : 7
Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
fadz84Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
Views : 30583 Replies : 224
Kenapa Biri Biri Jalan Lambat?
XimKenapa Biri Biri Jalan Lambat?
Views : 21685 Replies : 65
Cinta itu buta:Gadis 23 tahun sanggup putuskan hubungan dengan ibu bapa demi berkahwin lelaki 80 tahun
YgBenarCinta itu buta:Gadis 23 tahun sanggup pu
Views : 3633 Replies : 27
Tyra
aaanf14Tyra
Views : 7397 Replies : 52
Cara mudah utk dapat berat ideal
tomazCara mudah utk dapat berat ideal
Views : 9115 Replies : 38
kambing yang comel
zazazieglerskambing yang comel
Views : 10817 Replies : 43
Meow & Cincau
riena3321Meow & Cincau
Views : 3498 Replies : 9

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-6-2024 05:03 PM GMT+8 , Processed in 0.057835 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list