CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 29097|Reply: 0

[Pahang] Banjir Pahang: Mangsa di Raub, Lipis terus bertambah

[Copy link]
Post time 25-12-2023 09:24 PM | Show all posts |Read mode
Banjir Pahang: Mangsa di Raub, Lipis terus bertambah

OlehROSILAWATI ROSEDI
25 Disember 2023 08:13pm




Keadaan banjir di Raub menyaksikan jumlah mangsa terus bertambah setakat ini. - Foto Ihsan APM



KUANTAN - Daerah Raub dan Lipis terus mencatatkan peningkatan jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di 13 pusat pemindahan sementara (PPS) pada Isnin.

Berdasarkan portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sehingga jam 7.49 petang, daerah Raub melibatkan 606 mangsa daripada 142 keluarga yang ditempatkan di 10 PPS.



PPS Rumah Pertanian Kampung Pamah Rawas menempatkan jumlah mangsa tertinggi di Raub iaitu 107 orang.


Keadaan banjir di Raub menyaksikan 10 PPS telah dibuka dan tiga lagi di Lipis pada Isnin.




Selain itu, sembilan lagi PPS iaitu di Surau Kampung Peruas dan Dewan Lechar masing-masing menempatkan 65 mangsa, Dewan Orang Ramai Bukit Pampong (51 mangsa), Balai Raya Kampung Pamah Kulat (65 mangsa), Balai Raya Kampung Pamah Rawas (20 mangsa), Balai Raya Kampung Kuala Keloi (14 mangsa) dan Dewan Dato Seriwa Dong (dua mangsa), Dewan Kampung Kuala Gali dan Masjid Bertang pula masing-masing menempatkan 37 mangsa.



Manakala di Lipis, tiga PPS yang dibuka adalah Dewan Serbaguna Dato Omar Kuala Medang yang menempatkan 113 mangsa, Dewan Orang Ramai Kuala Serau (21 mangsa) dan Sekolah Kebangsaan (SK) Kechau Tui pula seramai sembilan mangsa.



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-6-2024 11:34 AM GMT+8 , Processed in 0.056067 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list