CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 21721|Reply: 0

[Johor] Pemandu e-hailing hilang sumber pendapatan, alami gout kritikal

[Copy link]
Post time 7-12-2023 05:19 PM | Show all posts |Read mode

MAS IMRAN ADAM menyampaikan sumbangan kepada Mohd. Ridzuan di Kampung Plentong Baru, Masai, Johor Bahru.




JOHOR BAHRU: Bekas pemandu e-hailing, Mohd. Ridzuan Nuri, 38, bertekad untuk mencuba apa sahaja jenis rawatan bagi mengubati penyakit gout tahap kritikal dialami sejak tahun lalu.

Dia yang kini bergantung dengan kerusi roda dan tongkat untuk bergerak mahu pulih seperti sediakala dan mampu mencari rezeki bagi menyara keluarga.

Sebelum ini dia buntu apabila doktor menyatakan tiada rawatan atau perubatan khusus untuk penyakitnya setelah banyak benjolan ‘thopi’ naik di badannya, terutamanya pada bahagian tangan dan kaki.

“Saya mula mengalami gout sejak tiga tahun lalu dan keadaan tambah mudarat pada tahun lalu. Walaupun dimaklumkan tiada rawatan atau perubatan khusus, saya tak boleh berputus asa dan teruskan ikhtiar cari penawar.

“Saya juga ingin memohon Hospital Sultanah Aminah (HSA) untuk mempertimbangkan sebarang rawatan yang sesuai bagi menghilangkan benjolan ini,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Plentong Baru, Masai di sini hari ini.

Bapa kepada tiga anak itu berkata, sejak setahun lalu dia hanya bergantung dengan rawatan alternatif termasuk bekam dan rawatan fashdu sebulan sekali serta menjaga pemakanan, berpuasa dan hanya makan sayur-sayuran dengan harapan benjolan thopi yang dialami akan berkurangan.

“Bacaan asid urik di tubuh saya kira-kira 500 micromoles seliter (mcmol/L) pada dua bulan lalu berbanding individu normal kurang 360 mcmol/L. Saya berharap dengan cara mengawal pemakanan dapat membantu bacaan asid urik itu berkurangan,” katanya yang bakal menimang cahaya mata keempat.

Kebimbangan Mohd. Ridzuan ketika ini ialah keadaan penyakitnya semakin parah tatkala keluarganya mengalami masalah kewangan selepas dia hilang upaya untuk mencari rezeki dan isterinya pula tidak bekerja.

Dia juga perlu melangsaikan bayaran bulanan kereta sebanyak RM450 selain perbelanjaan dapur serta persekolahan ketiga-tiga anaknya yang berusia antara 6 enam hingga 10 tahun.

“Tambahan pula, isteri kini sedang sarat mengandung. Dalam keadaan begini, ramai yang tampil memberi bantuan dan saya sangat amat bersyukur,” katanya.

Sementara itu, Pengurus Besar Pasaraya Econsave Cash and Carry, Mas Imran Adam tampil menyampaikan sumbangan barangan dapur dan elektrik bernilai keseluruhan RM1,000.

Orang ramai boleh menyalurkan sumbangan kepada Mohd. Ridzuan menerusi akaun Public Bank bernombor 6867208532. – UTUSAN

https://www.utusan.com.my/berita ... lami-gout-kritikal/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-11-2024 12:19 AM GMT+8 , Processed in 0.041276 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list