View: 6104|Reply: 0
|
[Kedah]
15 rumah di mukim di Kota Setar dilanda banjir kilat
[Copy link]
|
|
Anggota APM Kota Setar melakukan pemantauan di kawasan yang dinaiki air berikutan Sungai Anak Bukit di Taman Aman sudah melepasi paras bahaya. FOTO IHSAN APM
Alor Setar: Kira-kira 15 rumah di tiga mukim di daerah ini dilanda banjir kilat berikutan paras air Sungai Anak Bukit di Taman Aman sudah melepasi paras bahaya.
Pegawai Pertahanan Awam Daerah Kota Setar, Kapten (PA) Abdul Haliq Rafiq Mokhtar berkata, antara kawasan yang terjejas adalah enam rumah di Kampung Alor Gunong di Mukim Pumpong, Kampung Alor Gunong di Mukim Anak Bukit (empat) dan Kampung Alor Senjaya Mukim Titi Gajah (lima).
Beliau berkata, air mula naik pada jam 9.40 pagi tadi dan tiada hujan lebat serta angin kencang berlaku di tempat kejadian ketika ini.
"Paras air sungai meningkat dan mencapai bacaan 2.86 meter. Bagaimanapun tiada pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka setakat ini," katanya.
Harian Metro hari ini melaporkan tiga sungai di dua daerah di negeri ini sudah melepasi paras bahaya berikutan hujan yang melanda sejak dua hari lalu.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... ilanda-banjir-kilat |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|