CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 565|Reply: 0

[Sarawak] Cikgu Muhammad Nazmi dari SK Long Sebangang pemenang Malaysia Teacher Prize 2023

[Copy link]
Post time 6-11-2023 09:59 PM | Show all posts |Read mode


Muhammad Nazmi bergambar bersama cek cura selepas Anugerah Malaysia Teacher Prize 2023 di Kuala Lumpur, semalam. - Gambar BERNAMA

KUCHING: Cikgu Muhammad Nazmi Rosli dari Sekolah Kebangsaan Long Sebangang, Lawas dinobatkan sebagai pemenang Malaysia Teacher Prize 2023 semalam, sekali gus membawa pulang hadiah utama wang tunai RM50,000.

Menurut laporan BERNAMA, Muhammad Nazmi yang juga merupakan guru Bahasa Inggeris dipilih sebagai pemenang kerana ikhtiarnya mendidik murid-murid di sekolah dengan membuat latihan simulasi bilik darjah.

Beliau mendedahkan anak muridnya dengan pengalaman kehidupan lazim seperti memasuki kedai dobi atau menaiki kapal terbang dengan hanya menggunakan bahan kitar semula.

Muhammad Nazmi yang sebagai pelopor Kelab Filpen (filem pendek) berkata beliau juga memberi ruang kepada muridnya untuk mengekspresikan diri mereka melalui pembikinan filem pendek yang antaranya filem ‘Teether’ yang berjaya diterima ke festival filem Horror Unleashed di Portugal.


Fadhlina (kiri) menyerahkan anugerah kepada Muhammad Nazmi (kanan) pada Anugerah Malaysia Teacher Prize 2023 di Pusat Konvensyen Sime Darby, Kuala Lumpur pada Ahad. - Gambar BERNAMA
Mengulas mengenai kemenangannya, Muhammad Nazmi berkata beliau sangat bersyukur kerana kegigihannya membuahkan hasil.

“Bagi saya, platform ini adalah peluang untuk bukan sahaja berkongsi kisah kehidupan seharian kita sebagai pendidik, tetapi juga untuk menyerlahkan akar umbi matlamat hidup kita, baik di dalam mahupun di luar bilik darjah,” katanya dipetik sebagai berkata.

Hadiah itu disampaikan oleh Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek pada Majlis Anugerah Malaysia Teacher Prize 2023 di Kuala Lumpur, semalam.

Pertandingan itu dianjurkan oleh Pemimpin Global School Leaders (GSL), sebuah pertubuhan bukan berasaskan keuntungan yang memberi tumpuan kepada pengukuhan kepimpinan di sekolah.



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-11-2024 06:04 PM GMT+8 , Processed in 0.050162 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list