CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 586|Reply: 0

[Terengganu] Sampah hantui penduduk Pulau Redang

[Copy link]
Post time 8-10-2023 01:19 PM | Show all posts |Read mode

Johasman (kiri) menunjukkan timbunan sampah berhampiran jeti nelayan. - Foto BERNAMA

KUALA NERUS: Masalah sampah yang serius dan membusuk kerana sistem kutipan yang tidak cekap menghantui penduduk Kampung Baru, Pulau Redang, sejak setahun lalu.

Penduduk mendakwa masalah sama pernah berlaku beberapa kali sebelum ini, tetapi diselesaikan dalam tempoh beberapa bulan, selepas aduan kepada pihak berkaitan dikemuka.

Seorang penduduk, Johasman Husin, 44, berkata masalah yang berlarutan selama setahun itu memberi tekanan kepada penduduk kampung kerana terpaksa menghidu bau busuk sampah yang 'menggunung' setiap hari.

Johasman berkata, masalah timbul apabila kontraktor yang menguruskan pembersihan hanya mengambil separuh daripada sampah yang ada untuk dilupuskan, manakala separuh lagi gagal diuruskan sehingga menyebabkan longgokan dalam jangka masa panjang.



"Semua sampah yang dibawa ke pusat pengumpulan di Kampung Baru bukan sahaja datang daripada penduduk di sini, tetapi semua resort dan chalet yang ada di Pulau Redang.

"Setiap hari dianggarkan 3,000 tan sampah dibawa ke sini, tetapi hanya separuh yang diambil untuk dilupuskan. Sudah tentulah lama-kelamaan sampah itu akan menimbun dan membusuk," katanya ketika ditemui di Kampung Baru, Pulau Redang semalam.

Seorang lagi penduduk, Mohamad Jaafar, 68, berkata masalah terbabit jika dibiarkan berlarutan akan menjejaskan imej Pulau Redang sebagai pusat pelancongan terkenal di negara ini.

Menurutnya, walaupun kedudukan Kampung Baru terpisah daripada kawasan chalet dan resort, mereka tetap menerima kunjungan pelancong asing yang ingin menikmati pemandangan kampung nelayan dan budaya masyarakat di situ.

"Kampung Baru ialah sebahagian daripada Pulau Redang. Saya pasti pihak kerajaan tidak mahu masalah sebegini menjejaskan reputasi Pulau Redang sebagai lokasi pelancongan yang berprestij.

"Ramai pengusaha kedai makan di sini terjejas kerana bau busuk yang meloyakan 'membunuh' selera pelanggan," katanya.

Penduduk kampung merayu supaya pihak kerajaan negeri mengambil tindakan segera bagi menangani masalah itu yang dikhuatiri boleh menjejaskan kesihatan dan kesejahteraan penduduk. – BERNAMA



Timbunan sampah berhampiran jeti nelayan di Kampung Baru, Pulau Redang yang berlaku akibat sistem kutipan tidak cekap sejak setahun lalu. - Foto BERNAMA


https://www.bharian.com.my/berit ... nduduk-pulau-redang

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-5-2024 06:40 PM GMT+8 , Processed in 0.059917 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list