View: 743|Reply: 0
|
[Kedah]
Lima sungai di Kedah melebihi paras bahaya
[Copy link]
|
|
![](https://assets.bharian.com.my/images/articles/WhatsApp_Image_2023-09-27_at_12.48.43_PM_1695790476.jpg)
Sungai Anak Bukit yang melimpah menyebabkan beberapa rumah penduduk dinaiki air. - Foto NSTP/ZULIATY ZULKIFFLI
ALOR SETAR: Hujan lebat berterusan menyebabkan paras lima sungai di negeri ini terus mencatatkan bacaan melebihi paras bahaya setakat jam 11.45 pagi tadi.
Berdasarkan Public Infobanjir, Sungai Padang Terap di Kepala Batas, Kubang Pasu mencatatkan bacaan 4.24 meter, Sungai Anak Bukit di Taman Aman, Kota Setar mencatatkan bacaan 3.14 meter dan Sungai Laka di Kampung Padang Pasir di Kubang Pasu merekodkan bacaan 22.17 meter.
Dua lagi sungai iaitu Sungai Anak Bukit di Jambatan TAR di Kota Setar turut mencatatkan bacaan 2.04 meter dan Sungai Pendang di Pekan Pendang pula mencatatkan bacaan 2.84 meter.
Selain itu, dua sungai yang sudah melebihi tahap waspada adalah Sungai Bata di Kampung Jeragan, Kubang Pasu dengan bacaan 19.38 meter dan Sungai Kedah di Jambatan Lebuhraya Kota Setar mencatatkan bacaan 1.79 meter.
Semua sungai ini mencatatkan trend air semakin menaik.
Tinjauan di kawasan Taman Aman, Anak Bukit, di sini mendapati kebanyakan penduduk sudah bersiap sedia mengangkat barangan dan kenderaan masing-masing ke tempat selamat selepas Sungai Anak Bukit melimpah dan membanjiri kawasan itu.
https://www.bharian.com.my/berit ... lebihi-paras-bahaya
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|