CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4948|Reply: 0

[Pulau Pinang] Tambang feri: Diskaun 30 peratus untuk pengguna motosikal mulai esok

[Copy link]
Post time 11-9-2023 08:57 PM | Show all posts |Read mode
Tambang feri: Diskaun 30 peratus untuk pengguna motosikal mulai esok


BERNAMA



FOTO ARKIB NSTP



Georgetown: Penang Port Sdn. Bhd. (PPSB), selaku syarikat pengendali perkhidmatan feri baharu Pulau Pinang, menawarkan diskaun 30 peratus kepada pengguna motosikal melalui pas bulanan mulai esok sehingga 30 Jun 2024.

PPSB, dalam kenyataan hari ini, mengumumkan kadar baharu tambang pas bulanan menerusi pendaftaran MyKad untuk pengguna motosikal adalah RM105 untuk 60 perjalanan iaitu bersamaan RM1.75 untuk satu perjalanan.

Pas bulanan semasa untuk pengguna motosikal adalah RM150 untuk 60 perjalanan bersamaan RM2.50 untuk satu perjalanan.

Sepanjang bulan ini, PPSB telah memantau dengan teliti komen dan kebimbangan orang ramai berhubung perkhidmatan feri Pulau Pinang.

"Sebagai tindak balas kepada maklum balas yang diterima, PPSB dengan pengesahan bersama Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang (PPC), Kementerian Pengangkutan (MOT) dan MMC Corporation Berhad (MMC) dengan sukacitanya mengumumkan satu inisiatif khas yang kami percaya akan memberikan keselesaan dan kemampuan kepada pelanggan feri kami," menurut PPSB.




Disiarkan pada: September 11, 2023 @ 8:34pm








Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-2-2025 01:26 AM GMT+8 , Processed in 0.034950 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list