CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1494|Reply: 0

[Kedah] Peniaga dakwa minyak masak berpeket kurang di Kedah

[Copy link]
Post time 11-9-2023 03:35 PM | Show all posts |Read mode

Ajmal Abdul Aziz menunjukkan dua paket minyak masak yang masih ada di kedainya di Pasar Besar Alor Setar. FOTO ZULIATY ZULKIFFLI

Alor Setar: Bekalan minyak masak berpeket dikesan berkurangan di Kedah sehingga menyukarkan orang ramai untuk membeli terutamanya peniaga makanan.

Tinjauan di beberapa kedai runcit di daerah ini mendapati, minyak masak berpeket masih ada namun berkurangan sejak beberapa hari lalu dan penjualannya terpaksa dihadkan kepada pengguna.

Peniaga runcit, Ajmal Abdul Aziz, 47, berkata, kali terakhir dia memperoleh bekalan minyak masak berpeket itu pada 25 Ogos lalu sebanyak 40 peket bersamaan 400 kilogram (kg) dan kini hanya tinggal baki dua peket saja.

Menurutnya, dia tidak mengehadkan pembelian minyak masak berpeket itu kepada pelanggan sebaliknya menjualnya selagi stok masih ada.

"Ramai pelanggan yang datang beli, saya jual saja tapi bekalan yang saya dapat hanya bertahan tidak sampai seminggu," katanya ketika ditemui di Pasar Besar Alor Setar di sini, hari ini.

Sementara itu, Presiden Persatuan Pengguna Kedah (CAKE) Mohamad Yusrizal Yusoff berkata, pihaknya menerima banyak aduan berhubung kekurangan minyak masak berpeket di negeri berkenaan terutamanya di kawasan luar bandar.

Menurutnya, setakat ini pihaknya menerima aduan di enam daerah iaitu Pendang, Yan, Kota Setar, Baling, Kuala Muda dan Sik berhubung kekurangan bekalan minyak masak berpeket itu.

"Namun hasil tinjauan CAKE mendapati, bekalan minyak masak berpeket itu masih ada di pasaran cuma berkurangan.

"Kita dapati ada peniaga yang mengehadkan penjualan minyak masak berpeket ini hanya dua peket kepada seorang pelanggan untuk mengelakkan pembelian panik," katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

Mohamad Yusrizal berkata, namun bekalan minyak masak berpeket masih ada di pasar raya besar.

Sementara itu, Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kedah Affendi Rajini Kanth berkata, hasil semakan pihaknya mendapati, tiada aduan rasmi berkaitan kekurangan bekalan minyak masak diterima pihaknya setakat ini.

Beliau berkata, setiap hari pegawainya melaksanakan pemantauan setiap hari dan laporan namun melalui laporan itu didapati tiada kekurangan atau ketiadaan minyak masak dilaporkan.

"Namun tidak dinafikan hanya situasi tertentu di mana ada masalah antara pembekal dan peruncit berkaitan perjanjian antara mereka menyebabkan masalah ini (minyak masak kurang) berlaku," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... ket-kurang-di-kedah

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-2-2025 01:04 AM GMT+8 , Processed in 0.862538 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list