PETALING JAYA –Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul menetapkanbahawa semua Ahli Parlimen tidak wajib memakai tali leher, membuatkan Persidangan Khas Dewan Rakyat 'bergegar' di hari pertama.
Namun katanya mereka masih perlu memakai ‘lounge suit’ manakala pegawai kerajaan yang mengiringi menteri, timbalan menteri dan ahli Parlimen, dikehendaki memakai tali leher.
Pengumuman tersebut menyebabkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin bangkit dan bertanya soalan yang agak mengelirukan, sekali gus mencetuskan kekecohan.
Foto: Kosmo
“Kalau tak pakai tali leher, kena pakai kot. Jadi kalau tak pakai tali leher tak perlu pakai kot?,” soalnya.
Soalannya itu menimbulkan rasa kurang senang Ahli Parlimen Hulu Langat, Mohd. Sany Hamzan, yang menyifatkan Hamzah sebagai ‘pening’ lantas memintanya duduk.
“Ketua Pembangkang ini pening ni. Ketua Pembangkang, duduklah! Duduk, duduk! Buang masa. Tak faham bahasa. Buang masa!,” tegasnya.
Tidak puas hati dengan respons yang diberikan, Hamzah secara sinis menjelaskan bahawa beliau hanya perlukan penjelasan berikutan tidak biasa dengan ‘monyet-monyet ini’.
“Saya ingin jelaskan saja, sebab Tuan Yang Dipertua cakap begitu. Saya di kampung saya, nak pergi kampung hulu sana ada banyak monyet.
“Sebab itu saya tidak biasa dengan monyet-monyet ini dan minta Yang Dipertua jelaskan,” katanya.
Tidak hanya berdiam diri, Mohd Sany yang dilihat agak terkesan dengan kenyataan Hamzah tersebut menegaskan, ia tidak kelakar dan menjemputnya ke Hulu Langat kerana ada banyak monyet.
“Tak kelakar, tak kelakar. Kalau tiada monyet, mari datang Hulu Langat. Ada banyak monyet. Tak kelakar langsung!,” ujarnya. -CARI
Post time 11-9-2023 03:05 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Ni je yg dorg fokuskan... apa la nasib negara ni nanti.. pegi Tanya mat sabu mcm mn solution hg barang makanan naik ni? Tu tny rafizi dgn bang non. Dlo jnji pendidikan percuma (budak2 yg xreti byr balik ptptn) bila nak laksanakan? Ni harga minyak bila nk turun? Ringgit bila nak naik tny rafizi.? Dlo debat siap bandingkan dgn Venezuela skg mn formula ya?
Post time 11-9-2023 03:55 PMFrom the mobile phone|Show all posts
lanacondor replied at 11-9-2023 03:05 PM
Ni je yg dorg fokuskan... apa la nasib negara ni nanti.. pegi Tanya mat sabu mcm mn solution hg bara ...
Sebab tu scammer belajar psikologi sblm start tpon orang. nuart & lapiji guna taktik yg sama la sbb manusia mudah tertarik dgn angan2 kosong, janji bulan binatang, beri harapan palsu berbanding kempen politaik yg ckp, sapa2 nk hidup senang kena usaha keras, rezeki x dtg menggolek konpem xde org nk dgr ceramah waima kambing pun cabut lari
Post time 11-9-2023 06:54 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Edited by lanacondor at 11-9-2023 07:25 PM
yenil95 replied at 11-9-2023 05:48 PM
kenapa skill pemahaman politicians ni hauk sangat?
Mungkin Malaysia ni kena letak kurang k ...
Nak jadi PTD kne amek exam.. knp calon2 menteri ni tak di kena kan ambil exam Dan temu duga sblm pegang portfolio menteri? Pdhal dorg nk buat dasar urus Hal ehwal negara. Just my 2 kupang
Parliamentary sessions can indeed take unexpected turns! Just as clarity is vital in discussions, precision matters in Electrical Estimating Services. While we navigate through various topics, let's remember the importance of accurate estimates in project management. If you ever require dependable Electrical Estimating Services, there are experts out there to assist you.
Isu tali leher lagi penting dari bincangkan isu lebih penting seperti kes wak 47 kes.. yakni bukti jelas lagi nyata budaya rasuah kaa salah guna kuasa kaa telah dinormalisasi kan asalkan dilakukan oleh ahlul2 politaik..
Post time 12-9-2023 12:12 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Sorang monyet... sorang lagi beruk. Bagi kelonggaran tk payah pakai tali leher pun nk argue. Yg sekor lagi terpekik dah kenapa. Padahal ada delegasi dari korea. Buat malu je